Buletin

DI MESIR, VAN JADI PILIHAN UTAMA. RM2 BOLEH BAWA ANDA SEJAUH 40KM!

Pengangkutan awam di setiap negara ada keunikan yang tersendiri. Kalau di Kuala Lumpur, kita boleh bertukar-tukar menggunakan MRT, LRT, bas, teksi atau Grab, lain pula ceritanya di Mesir.

Mode pengangkutan awam utama di sini ialah van yang biasanya mempunyai kapasiti 14 tempat duduk. Penumpang pula tidak semestinya satu gender sahaja.  Maksudnya, satu van boleh dinaiki oleh lelaki dan perempuan tanpa sebarang masalah.

Dikenali sebagai Tramco, ia biasanya van jenama dari China seperti Foton dan BAIC. Kadang-kala ternampak juga van buatan Toyota dan Suzuki lama.

Van menjadi pilihan kerana ia mudah masuk ke kawasan berkepadatan tinggi dan terpencil. Tambangnya juga sangat murah, bermula 50 sen dan paling mahal pun hanya RM2.

Tambang RM2 itu membolehkan anda bergerak sejauh 40km! Sebagai contoh, jika berada di Alexandria RM1 boleh membawa anda dari Mandarah ke Mansyiah yang sejauh 20km.   

Apa yang uniknya ialah cara membayar tambangnya. Penumpang di barisan tempat duduk belakang akan pass duit tambang ke penumpang hadapan, sebelum diserahkan kepada pemandu.

Jangan cuba untuk menipu kerana pemandu peka dengan jumlah duit semasanya. Dia juga akan bertanya kepada semua penumpang siapa yang belum bayar tambang. Jadi, memang jangan harap boleh terlepas.

Satu perkara perlu anda tahu, duit ialah benda yang boleh buat orang Mesir bergaduh. Walaupun jumlah itu mungkin sangat kecil, macam 25 sen pound Mesir (6 sen Malaysia) mereka boleh bergaduh macam nak rak.

Di Mesir, asalkan pandai memandu, anda sudah boleh jadi pemandu Tramco, lesen No. 2. Namun, ia bergantung kepada kondisi ekonomi keluarga tersebut. Jadi, jangan terkejut kalau pemandu van itu masih remaja.

Mazda CX30

Apa yang pasti, naik van boleh jadi pengalaman yang menakutkan. Walaupun cara pemanduan agak agresif, kemalangan serius jarang sangat berlaku di sini.

Hmm…

Tags
Google ads
Back to top button