
GEELY PERKENAL PANDA MINI, EV MIKRO YANG COMEL. 150KM SEKALI CAJ, BERMULA RM25K,
Geely memperkenalkan kereta elektrik mikro Panda Mini pada 12 Disember. Kereta mini elektrik tersebut pada mulanya dirancang untuk dilancarkan di bawah jenama Geometry, tetapi perubahan dibuat dengan memasukkannya dalam barisan Geely.
Geely Panda Mini menggunakan susun atur empat tempat duduk dua pintu serta dipadankan dengan warna hitam dan putih agar lebih sesuai pada keperluan pasaran semasa.
Dimensi Panda Mini elektrik ialah 3,065mm panjang, 1,522mm lebar, 1,600mm tinggi dengan jarak roda 2,015mm.

Dari segi penampilan, Geely Panda mini menggunakan reka bentuk gril hadapan tertutup. Soket pengecasan terletak di tengah gril serta menggunakan lampu depan bulat untuk memberikan rupa yang comel, bersesuaian dengan namanya.
Pada bahagian sisi, EV itu mempunyai garis tiga dimensi serta struktur badan berbentuk empat segi yang kemudian disesuaikan dengan rim tiga jejari.
Gayaan Geely ditingkatkan lagi menerusi reka bentuk lampu belakang yang kelihatan seperti dua mata besar sedang berkelip. Panda Mini juga merupakan kenderaan pertama dalam segmennya yang menampilkan panoramic moonroof bersaiz besar.
Panda Mini elektrik dikuasakan oleh bateri fostat lithium-ion yang dibekalkan oleh Guoxuan Hi-Tech dan dipadankan dengan motor pada gandar hadapan. Mampu mencapai kuasa maksimum 30kW, ia didakwa boleh mencapai jarak sekitar 150km.
Anggaran harga untuk Panda Mini elektrik adalah sekitar AS$5,700 (RM25,086) hingga AS$7,200 (RM31,687). Geely akan melancarkan kenderaan itu secara rasmi di China pada 2023.
- BACA: DRB-HICOM, GEELY DAN KERAJAAN NEGERI PERAK SEDIA LANJUT TEMPOH MOU UNTUK BANGUNKAN BANDAR AUTOMOTIF
- BACA: GEELY LANCAR JIAJI (EXORA) FACELIFT DI CHINA. REKAAN INFINITE WEAVE, PILIHAN VERSI PHEV, BERMULA RM77K
- BACA: GEELY BOYUE L – RUPA MACAM CADILLAC, LEBIH BESAR DARIPADA X70, BERMULA RM78K SAHAJA DI CHINA
- BACA: ANAK SYARIKAT GEELY, PFMOTO HASILKAN MOTOSIKAL MACAM GOLD WING









