
ALPINESTARS MALAYSIA LANCAR TECH-AIR: TIGA PILIHAN UNTUK PENUNGGANG MOTOSIKAL, HARGA BERMULA RM2.2K
Pengedar sah Alpinestars, Sinar Puncak Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan Alpinestars Tech-Air yang terdiri daripada Tech-Air 10, Tech-Air 5 serta Tech-Air 3.
Direka untuk melindungi penunggang, Alpinestars tidak ketinggalan untuk memadankan barisan produknya dengan teknologi terkini.

TECH-AIR 10
Tech-Air 10 kini menawarkan perlindungan di bahagian bahu, dada, pinggul serta punggung termasuk dilengkapi 12 sensor pada jaket atau ves.
Ketika kemalangan berlaku, jaket atau ves tersebut akan menjadi kembung sekali gus melindungi badan penunggang daripada kecederaan lebih serius.
Tersedia dalam saiz M hingga 2XL, Tech-Air 10 juga dilengkapi dengan pelindung belakang CE Level 2 bersepadu untuk perlindungan pasif.

TECH-AIR 5
Turut hadir di pasaran tempatan ialah Tech-Air 5, di mana ia boleh dipakai bagi kegunaan lebih lasak di jalan raya.
Untuk rekod, ia mempunyai 6-sensor yang akan mengaktifkan beg-udara sekiranya penunggang berada dalam situasi merbahaya.
Maklumat lain, Tech-Air 5 tersedia dalam saiz S-2XL selain, didatangkan bersama dua mod iaitu Race dan Street.

TECH-AIR 3
Bagi Tech-Air 3 pula, ia boleh dipakai bersama jaket dan turut memberi perlindungan pada bahagian dada dan belakang, namun tidak disertakan dengan pelindung bahagian punggung.
Direka bentuk untuk kegunaan “first impact”, Tech-Air 3 ialah jaket yang sesuai bagi kegunaan harian dan boleh didapati dalam saiz S hingga 2XL.
Perincian harga bagi ketiga-ketiga produk adalah seperti berikut:
- Tech-Air 3 (RM2,299)
- Tech-Air 5 (RM2,999)
- Tech-Air 10 (RM4,899)
Untuk makluman, Alpinestars Malaysia juga menawarkan perlindungan satu tahun Allianz Bike Warrior bernilai RM20,000 bagi setiap pembelian Tech-Air 5 dan Tech-Air 10.
Sekiranya penunggang mengalami kemalangan, pelanggan Tech-Air 5 dan Tech-Air 10 boleh menghubungi Allianz Bike Warrior bagi mendapatkan bantuan.
Selain itu, Alpinestars Malaysia turut mengumumkan bahawa produk Tech-Air ini boleh diservis semula menerusi bantuan pakar dari pihak Sinar Puncak.
GALLERY:



