Motosikal

WAJIB PAKAI SARUNG TANGAN BAGI PENUNGGANG MOTOSIKAL DI PERANCIS

Pernah tak anda nampak penunggang motosikal berkuasa tinggi dengan berselur pendek, tanpa glove dan hanya pakai baju T? Kalau jalan perlahan itu pun dan bahaya ini tidak, dia punya pecut macam badannya kalis luka  Banyak berlaku dan sering berlaku, sebab itu sesetengah kelab hari ini mengharamkan sama sekali konvoi mereka bagi penunggang yang “tak cukup sifat”

Saya perasan benda ini berlaku hanya beberapa tahun kebelakangan ini. Sewaktu pasaran motosikal berkuasa tinggi tempatan berkembang pesat dan motosikal semakin murah serta mudah dibeli. Ia menyebabkan ramai orang mampu membeli motosikal besar.

Dari segi positifnya, ia membantu mengurangkan kesesakan jalanraya namun dari segi negatifnya, ada penunggang yang tak berpengalaman terus melompat kepada motosikal 100 kuasa kuda, ia sangat bahaya.

gloves

Perancis telah menwartakan undang-undang baru bagi penunggang motosikal. Mereka wajib pakai sarung tangan ketika menunggang. Seperti biasa, ia mendapat kritikan bagi golongan kalis luka yang mendakwa ia menyusahkan.

Undang-undang ini akan dikuatkuasa bermula 20 November bulan ini melibatkan penunggang dan pembonceng, motosikal 3 roda dan empat roda. Nah ambik kau, penumpang belakang pun wajib pakai!

Kepada yang ingkar akan disaman dengan denda 68 Euro (RM315.30) boleh tahan juga lah. Cuba tengok bagaimana negara maju nak implimentasi undang-undang. Tegas, mandatori dan tiada kompromi.

 

 

 

Google ads
Back to top button