
HELMET ALPINESTARS SUPERTECH R7 DIRASMIKAN
Alpinestars memperkembangkan tawaran helmet motosikal premium untuk pasaran global dengan pelanaran Alpinestars Supertech R7 serba baharu.

Selepas kejayaan menerusi Supertech R10 sebelum ini, Alpinestars meneruskan momentum dengan pelancaran Supertech R7. Menurut pengeluar riding gear terkemuka dari Itali itu, Supertech R7 dibangunkan khas untuk kegunaan di litar dan jalan raya.

Penggunaan bahan ringan seperti komposit kabron yang digabungkan bersama teknologi yang telah dipatenkan Alpinestars menyumbang kepada lahirnya helmet berprestasi tinggi untuk pelbagai kegunaan.
Menurut Alpinestars, Supertech R7 adalah sebuah helmet yang bukan sahaja aerodinamik malah turut menawarkan laluan udara yang optimum bagi memastikan si pemakai merasai keselesaan yang baik.

Seperti Supertech R10, Supertech R7 ini juga mencapai standard keselamatan ECE22.06 serta DOT.
Bahagian cangkerang utama menawarkan kombinasi pelbagai komposit yang diperkuatkan dengan proses epoksi resin.

Lapisan luar menggunakan bahan jenis karbon sementara lapisan dalam pula gabungan antara gentian aramid dan gentian kaca agar lebih ringan. Sistem aliran udara pula terdiri dari 10 corong udara.
Atas kertas, Supertech R7 ini datang dengan tiga saiz cangkerang, XS-M, L dan XL-2XL sementara bahagian EPS pula menawarkan empat saiz, XS-S, M, L, XL-2XL.
Dalam pada itu, visor anti-kabus (anti-fog) Pinlock 120XLT 100% Max Vision turut didatangkan secara standard.
GALERI: ALPINESTARS SUPERTECH R7


















