Buletin

TUMI LANCAR KOLEKSI ‘UNPACK TOMORROW’ SEMPENA ULANGTAHUN MCLAREN KE-60

Jenama pelancongan serta gaya hidup, TUMI, melancarkan ‘Unpack Tomorrow’ bagi meraikan ulangtahun penubuhan pasukan sukan permotoran elit dan pembuat kereta super mewah, McLaren yang ke-60 tahun.

“Bersama TUMI, kami mahu meraikan keghairahan pengasas kami iaitu Bruce McLaren untuk memadankan bahasa reka bentuk moden yang mencerminkan karakter kedua-dua syarikat,” kata Ketua Pereka McLaren Automotive, Goran Ozbolt.

Enam puluh tahun lalu, pelumba kelahiran New Zealand, Bruce McLaren menubuhkan pasukan perlumbaan di England yang kini kekal sebagai salah satu nama paling berjaya di dunia dalam sukan permotoran.

McLaren berjaya memenangi 20 Kejohanan Dunia Formula 1, 183 Grand Prix Formula 1, Indianapolis 500 tiga kali dan 24 Hours of Le Mans.

Pada tahun 1960-an, Bruce memperkenalkan M6GT, kereta super McLaren pertama yang merupakan kereta terbaik dunia untuk trek dan jalan raya.

Direka bentuk untuk memenuhi keperluan pengembara, koleksi itu menawarkan pelbagai gaya edisi terhad dalam warna oren khas McLaren, termasuk Torque Sling, Velocity Backpack dan Aero International Expandable 4 Wheeled Carry-On.

Selain pelancaran koleksi ulangtahun ke-60, TUMI mengukuhkan lagi kerjasama dengan McLaren menerusi siri kandungan global Grand Prix, termasuk pelbagai penglibatan bersama komuniti, pempengaruh serta tawaran hadiah eksklusif.

Google ads
Back to top button