Buletin

SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 25 DAN RAHSIA KEHEBATAN AKRAPOVIC

Selain Arai dan Shoei, Alpinestars dan Dainese, jika hobi anda adalah motosikal berkuasa tinggi, satu lagi jenama yang wajib dikenali tentu sahaja Akrapovic.

Dari sebuah bengkel kecil yang beroperasi di Slovenia, Akrapovic kini menjadi jenama global yang cukup berpengaruh di dunia. Bermula dengan kerjasama pertama dengan Kawasaki pada 1991, Akra kini merupakan syarikat yang paling dipercayai dalam arena sukanmotor.

BACA- NAIK 16HP DENGAN EKZOS AKRAPOVIC

BACA- KENAPA HELMET ARAI MAHAL?

Mereka kini menjalinkan kerjasama dengan lebih 80 pasukan di seluruh dunia. Tidak hanya “menabur wang dan pelekat (sticker)” untuk menjaja, Akra adalah tentang pembangunan sistem ekzos yang komprehensif. Mereka tidak menaja duit, mereka mengembangkan teknologi.

akra-25-2

Tapi apa yang buatkan sistem ekzos Akra ni power?

Kalau anda biasa lihat hasil setiap produk Akrapovic memang kena akui, ia lain dari jenama lain. Kemasannya sukar ditandingi, plot kimpalannya sangat-sangat kemas. Produk yang meningkatkan reputasi Akra sudah tentulah yang berasaskan titanium.

Titanium adalah logam keras yang sukar ditempa. Tapi bagi Akra, mereka ada teknologi tersendiri untuk memastikan setiap lengkokan bahan ini sama kualitinya dengan keluli tahan karat.

Mereka ada kilang tiub sendiri dan bahan titanium ini datang dalam bentung gegung. Ia diisi dalam mesin tiub seperti benang, dipusingkan, dikimpal dan prosesnya berterusan sehingga membentuk satu set saluran paip mengiklut rekabentuk yang dikehendaki.

akra-25-4

Mesin membengkok titanium Akrapovic adalah teknologi rahsia yang dijaga rapi. Walaupun kini banyak bergantung kepada kerja-kerja mesin, Akra masih lagi menggunakan khidmat pengimpal terbaik mereka bagi rangkaian produk premium.

Berbeza dengan pengeluar lain yang menggunakan pembekal berbeza bagi kemasan rekaan gentian karbon, Akra melakukannya sendiri. Helaian karbon ini dibentuk sebelum diintegrasikan dalam fasiliti sama yang membuat sistek ekzos utama. Lebih menarik lagi, setiap logo dan ukiran jenama (yang menggunakan laser) hanya dibuat sebagai proses terakhir.

Jadi, orang yang mencetak logo Akrapovic adalah QC (Kawalan Kualiti) terakhir yang akan dapat melihat sebarang kecacatan pada produk tersebut sebelum dibungkuskan.

Hebat!

Patutla harga kau mahal nak meninggal!

 

Google ads
Back to top button