Motosikal

RK-MALAYSIA LANCAR KOLEKSI APPAREL ALPINESTARS TERBARU

Biasa dengar Alpinestars? Ya. Jenama apparel terkenal bagi peminat motosikal yang berasal dari Itali ini telah menampilkan rangkaian keluaran terbaru untuk tahun 2016. Pengedar tempatan, RK-M South East Asia menerusi sayap pemasaran mereka, Sinar Puncak Sdn Bhd hari ini telah mempamerkan kepada media, model-model terkini Alpinestars.

Terkenal dalam arena sukan motor seperti MotoGP, Motocross, sukan Formula Satu, Kejohanan Ralli Dunia dan NASCAR, Alpinestars bukan sahaja dianggap sebagai “fesyen” dalam industri automotif. Ia memiliki latarbelakang yang sangat bagus sejak ditubuhkan pada 1963 oleh Sante Mazzarolo di Oslo Itali.

alpinestars (1)

Sejak dari itu, Alpinestar mendapat kepercayaan pelumba ternama seperti lagenda Roger DeCoster, kenny Roberts, Mick Doohan dan jagoan moden seperti Casey Stoner dan Jorge Lorenzo. Ia terbukti produk ulung dalam dunia motosikal samada di trek ataupun di jalanan.

Sinar Puncak, pengedar tunggal Alpinestars tempatan juga bertanggungjawab membawa masuk jenama penting dalam industri seperti rantai motosikal RK-M, helmet Shoei dan sistem ekzos jenama Yoshimura. Mereka juga giat mempromosikan segmen adventur yang sedang berkembang pesat. Teknologi terbaru Tech-Air, beg udara aktif adalah antara yang cuba diketengahkan kepada umum. Ia dijangka akan berada di pasaran tempatan dalam masa setahun.

alpinestars (4)

Syarikat ini juga mengadakan kerjasama dengan pengedar bertauliah mereka, Iktikadraya. Sejak 3 tahun lepas, kerjasama yang dijalankan ini memperlihatkan hasil yang positif dan kedua-duanya akan meneruskan pasaran di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Sabah/Sarawak.

RK-M juga tidak menolak cabaran yang dihadapi terhadap produk tiruan dipasaran terutamanya jaket dan glove. Mereka akan berusaha untuk memastikan pelanggan mendapat apa yang dibayar dan sudah tentunya kualiti peralatan asli sangat berbeza. Jangan berkompromoi soal keselamatan, ia mungkin nampak sama tetapi kualitinya sudah pasti berbeza.

 

 

Google ads
Back to top button