
ALPINESTAR DEDAH DATA IMPAK KEMALANGAN MARQUEZ, 26.4G!
Alpinestars baru-baru ini mendedahkan data yang dikumpul daripada beg udara yang diaktifkan beberapa milisaat sebelum tubuh pelumba sensasi pasukan Repsol Honda, Marc Marquez jatuh ke permukaan jalan.Â
Marquez jatuh di Selekoh 7 pada sesi ujian di litar CHang, Thailand hujung minggu lalu. Para penonton boleh melihat dengan jelas pelumba itu melambung ke udara dan jatuh ke tanah selepas jenteranya hilang kawalan. Apa yang menakjubkan, Marquez boleh bangun dan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Dia bagaimanapun disahkan sihat untuk meneruskan perlumbaan yang menyaksikannya muncul juara. Sekali gus merangkul kejuaran dunia sebanyak lapan kali.Â

Data yang boleh dilihat daripada graf di atas menunjukkan bahawa beg udara berjaya diaktifkan ketika Marquez masih sedang melambung.
Paling mengejutkan ialah betapa seriusnya impak itu. Kotak hitam beg udara tersebut mencatatkan kuasa tujahan 26.4 g dengan jatuhan berlaku selama lima saat.Â
Bayangkan jika pelumab tidak dilindungi oleh peralatan keselamatan canggih seperti ini. Mesti setiap kali perlumbaan ada yang arwah.Â