Buletin

ANGKA-TAN MOTOR LANCAR FOTON AUMAN EST

Pengedar trak di pasaran tempatan, Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), sebuah anak syarikat Warisan TC Holdings dan ahli Tan Chong Group baru-baru ini melancarkan trak prime mover komersial tugas berat serba baharu – siri Foton Auman EST (Energy Super Truck).

Dikilangkan oleh Foton Daimler Automotive Co. Ltd yang berpangkalan di Beijing, trak Auman EST merupakan sebahagian daripada Siri Trak Super Foton yang dilengkapi pelbagai teknologi mobiliti termaju.

Siri trak Auman EST dibina hasil kombinasi teknologi terbaik dari Amerika Syarikat (AS), Jerman dan China. Ia dikuasakan oleh enjin 12-liter Cummins ISG, transmisi TraXon dari ZF Jerman, serta aplikasi teknologi Eropah oleh Beijing Foton Daimler Automotive

Auman EST dihasilkan di kilang digital yang dilengkapi sistem pengurusan TOS+ (Truck Operating System). Trak itu telah menjalani rejim ujian yang ketat di atas jalan biasa dalam pelbagai kondisi, suhu serta altitud hingga ke hadnya.

Trak itu dipasang dengan teknologi binaan platform dan modular yang menggabungkan semua komponen kompleks menerusi ECU (Unit Kawalan Elektronik).

Sekali gus memudahkan urusan mendiagnos kerosakan, menambah baik keselamatan serta penggunaan bahan api.

Ciri I-Telligent System-Load Based Speed Control (LSBC) mengawal rev enjin berdasarkan kepada beban, kondisi jalan dan kelajuan kenderaan untuk menambah baik penggunaan bahan api. Ia juga membuatkan trak sangat stabil dan mudah dikendalikan di atas jalan yang tidak rata.

Dibina dengan mengambil kira kepentingan pemandu, Auman EST menawarkan susun atur dalaman yang ergonomik bersama kabin luas dan berbumbung tinggi untuk pergerakan serta pemanduan lebih selesa.

Trak Auman EST kini boleh didapati dalam tiga model berbeza. Selain sokongan selepas jualan komprehensif melibatkan 18 pengedar servis, pelanggan Auman EST juga akan menikmati jaminan selama 4 tahun dengan perbatuan tanpa had – jaminan paling tinggi dalam pasaran trak tempatan.

Sempena pelancaran ini, Angka-Tan Motor turut menawarkan harga istimewa untuk 30 unit terawal yang ditempah sebelum 31 Ogos 2018.

Maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Angka-Tan Motor Sdn Bhd di talian 603-56386888.

Google ads
Back to top button