
FOTON AUMARK S SERBA BAHARU MASUK PASARAN MALAYSIA. TEKNOLOGI SERBA CANGGIH, HARGA BERMULA RM RM101,000
Pengedar tunggal eksklusif trak Foton di Malaysia, Angka-Tan Motor Sdn. Bhd. (ATM) – anak syarikat Warisan TC Holdings dan ahli Tan Chong Group hari ini melancarkan trak super tugas ringan Foton Aumark S Series serba baharu di pasaran Malaysia.
Dua model yang ditawarkan merupakan Aumark S BJ1078 dengan kapasiti 7.5T manakala BJ1088 pula 7.5T serta 9T.
Model BJ1078 dijual pada harga RM101,000 manakala model BJ1088 didatangkan dengan tag harga bermula RM108,000.
Kedua trak hadir dengan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan sejauh 200,000km (mana-mana tiba dahulu).
Siri trak Foton Aumark S serba baharu itu menawarkan struktur badan berasaskan kepada standard Eropah.

Lebih 80 peratus kabin trak dibangun menggunakan kepingan besi disalut lapisan perlindungan agar lebih kukuh jika berlaku pelanggaran dari hadapan dan atas.
Pintu dan kerangka kabin mempunyai plat engsel yang kukuh serta regangan kekuatan tinggi untuk perlindungan maksimum.
Foton Aumark S menampilkan reka bentuk casis baharu dengan penggunaan besi yang kukuh.
Di samping itu, ia dilengkapi dua bahagian driveshaft dan suspensi jenis leaf spring yang lebih stabil serta mampu menampung beban lebih berat.

Foton Aumark S turut dilengkapi lampu utama yang boleh dilaras secara elektrik.
Ia didatangkan struktur lensa untuk lampu rendah, pancaran cahaya yang padat pada kadar 50,000 kandela atau 25 kali lebih terang daripada cahaya matahari di waktu siang.
Ruang kabin trak juga direka secara ergonomik dan luas untuk memberi keselesaan malah mudah diubahsuai dalam memenuhi pelbagai keperluan logistik.

Trak terbaharu ini mendapat khidmat enjin Cummins ISF 3.8 liter generasi baharu, mampu menjana kuasa 115kW dan tork 500Nm dengan digabungkan pengecas turbo dan fungsi penyejuk dalaman (intercooler).
Selain itu, ia mendapat kotak gear manual ZF dengan 6-kelajuan yang menawarkan penukaran gear yang lancar dan cekap.
Enjin Cummins ISF dapat memberikan trak ini satu rangkaian kuasa premium yang tidak dijumpai dalam mana-mana trak tugas ringan lain.
Dari aspek keselamatan, siri trak Aumark S dilengkapi ciri keselamatan aktif dan pasif yang telah diuji serta mematuhi piawaian keselamatan automotif ECE.

Ciri keselamatan aktif yang terdapat pada trak ini termasuk sistem brek berprestasi tinggi dijana injap brek utama yang mengadaptasi penyelesaian kawalan brek WABCO.
Ia turut dilengkapi radar undur pintar dengan empat alat pengesan yang mampu mengesan halangan pada jarak 1.8 meter.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Ekskutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng berkata siri trak Foton Aumark S serba baharu memenuhi aspek-aspek Keselamatan, Pelbagaiguna ,Kuasa, Kecekapan dan Ketahanan.
Sempena pelancaran Foton Aumark S Series, Angka-Tan Motor akan memberikan diskaun sebanyak RM5,000 untuk100 unit terawal. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian 03-563 86888.
- BACA: AZNOM PALLADIUM. GABUNGAN PELIK TRAK PIKAP, SUV DAN SEDAN
- BACA: GWM LANCAR TRAK PIKAP CANNON DI AUSTRALIA. HARGA MURAH, SPECS LAGI PADU DARIPADA HILUX, RANGER & D-MAX
- BACA: TRAK SEJUK BEKU MASIH ‘PERAM’ HAMPIR 700 MAYAT PESAKIT COVID-19 DI NEW YORK
- BACA: TRAK PIKAP MAXUS T60. 2.8L TURBO DIESEL, 3 MODE PEMANDUAN, TPMS, RM99,888 SAHAJA