
FOTON THE BIG GENERAL. TIRU TERUS FORD F-150
Pengeluar kenderaan dari China sememangnya terkenal dengan sikap buruk suka meniru reka bentuk produk keluaran syarikat lain.
Walaupun sudah banyak yang dikenakan denda, saman atau sebagainya, namun ia langsung tidak menghalang golongan ini daripada berhenti meniru.
Terbaharu, Foton dilapor meniru rekaan trak pikap terkenal Ford F-150 yang diberi nama Da Jiang Jun.
Membawa maksud ‘The Big General’, F-150 wannabe itu dipamerkan untuk tatapan ramai pada acara Beijing Auto Show yang berlangsung sejak semalam.
Kalau dilihat dari segi dimensi, The Big General mempunyai saiz seperti Frd Ranger. Tetapi rekaan hadapannya jelas mengambil inspirasi F-150.

Bahagian hadapannya ditampal dengan lencana Foton yang besar, persamaan paling ketara pastinya reka bentuk lampu utama berkembar yang diposisikan secara menegak.
Peniruan itu diteruskan ke bahagisan sisi, lengkap dengan tayar berbunga tebal dan rim bersama kemasan berwarna merah. Rekaan dalaman bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada ia meniru trak pikap popular Amerika Syarikat itu atau sebaliknya.
Kalau Raptor sebenar dipasang dengan enjin pengecaj turbo berkembar V6 bersesaram 3.5 liter, Foton pula menawarkan pilihan enjin petrol 2.0 liter turbo empat selinder serta dua enjin diesel berkapasiti 2.0 dan 2.5 liter. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear ZF 8-kelajuan.
Maklumat tentang sistem pacuan tidak disediakan.
Adakah Ford akan memfailkan saman ke atas Foton nanti? Sama-sama kita tunggu…
- BACA: AWAS! FORD BRONCO TIRUAN BAKAL MUNCUL DARI CHINA – BIASA LA KAN
- BACA: KENAPA RIDER MOTOGP LUNJUR KAKI SEMASA AMBIL SELEKOH? SIAPA YANG MULA DULU DAN SEMUA ORANG TIRU?
- BACA: MOTOSIKAL HONDA FERRARI INGIN DIJUAL. SUDAH LAH TIRUAN, MAHAL PULA TU.
- BACA: TOYOTA HALANG JUALAN GRIL TIRUAN, RAMPAS STOK DAN MINTA BAYAR GANTI RUGI