Buletin

TOYOTA KURANGKAN TEMPOH PENGHANTARAN KHAS UNTUK TOYOTA SIENTA

Toyota baru-baru ini mengumumkan bahawa senarai menunggu dan penghantaran MPV kompak Toyota Sienta kini lebih singkat.

Pelanggan yang memilih trim tertentu akan menerima Sienta mereka selewat-lewatnya pada April 2023. Namun tidak dijelaskan sama ada Sienta yang disyorkan datang dengan kit asas atau ciri berteknologi tinggi, kerana matlamatnya ialah keseragaman.

Perbezaan masa penghantaran antara Sienta dan varian lain mengambil masa sehingga dua ke tiga bulan iaitu 25 peratus lebih cepat. Toyota juga merancang untuk menawarkan trim ‘disyorkan’ untuk rangkaian Crown mulai bulan hadapan.

Syarikat itu dalam usaha untuk mengurangkan kos, selain isu rantaian bekalan dan menangani masalah kekurangan cip semi konduktor.

Tawaran kenderaan dengan kit standard adalah cara bijak untuk memperkemaskan saluran pengeluaran selain menyediakan lebih banyak kereta untuk penghantaran lebih cepat.

Google ads
Back to top button