Buletin

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI, DOKTOR JUAL VW PASSAT. BELI PROTON PERDANA 2ND HAND

Mengikut perkiraan, anda perlu memastikan bayaran bulanan kenderaan tidak melebihi 15 peratus daripada gaji bersih. Jika mengikut perkiraan tersebut, percayalah, anda tidak akan pening kepala pada hujung bulan. Bak kata pepatah, ‘ukur baju di badan sendiri’.

Dalam perkongsian Mohamed Ridzuan yang bekerja sebagai seorang di laman Facebook, dia baru-baru ini menjual Volkswagen Passat miliknya demi mengurangkan komitmen.

“Dulu rasa bangga pakai Volkswagen tapi hutang bank sampai RM160K,” tulisnya di Facebook. Komen di ruangan hantaran tersebut kemudian dibanjiri dengan komen positif. Antaranya, “Tak perlu kereta mahal, yang penting jimat poket,” kata pemilik akaun Facebook, Ilmam Razali.

Benar, dengan pendapatan RM5,000 sehingga RM6,000 sebulan dan perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM2,000, Ridzuan mula sedar bahawa tidak penting untuk memiliki kereta berjenama mahal. Apatah lagi setelah komitmennya bertambah apabila memiliki dua cahaya mata.

Dalam perkongsian sama, doktor itu sudah membeli seniah Proton Perdana terpakai selepas menjual Volkswagen Passat B8 Highline pada harga RM120,000.

“Saya perlukan kereta besar supaya lebih selesa untuk bawa keluarga. Alhamdulillah saya jumpa Proton Perdana (2017) berharga RM60,000,” katanya yang turut memuji kabin Proton Perdana lebih luas dan menggunakan mekanikal Honda Accord.

Kesedaran dan langkah yang diambil oleh Ridzuan sememangnya dipuji kerana lebih mementingkan keperluan semasa keluarga. Dia mendapat pengajaran membuat perkiraan sebelum membeli kereta idaman. – MStar

Google ads
Back to top button