Buletin

2.7 JUTA SAMAN BERNILAI RM800 JUTA MASIH BELUM DIJELASKAN. BAYAR ATAU KENA TINDAKAN – KP JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna jalan raya yang tidak mahu membayar saman tertunggak mereka.

Sejak 2010 sebanyak 2.7 juta saman dikeluarkan JPJ membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas dengan nilai RM800 juta masih belum jelaskan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shahruddin Khalid, berkata saman itu merangkumi kesalahan seperti memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tiada lesen memandu.

“JPJ akan mengambil tindakan kepada pengguna jalan raya yang tidak mahu membayar saman tertunggak antaranya dengan menyenarai hitam nama mereka sekiranya memperbaharui lesen memandu,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Dalam perkembangan lain, Shaharuddin berkata pihaknya sedang menyelaraskan had laju maksimum pada kelajuan 110 kilometer (km) sejam di semua laluan di lebuh raya utama di seluruh negara.

Beliau berkata, had laju itu terpakai di lebuh raya utama kecuali di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi laluan Terowong Menora di Ipoh, Perak dengan had laju 70 km sejam bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan terbabit.

Selain itu, Shaharuddin berkata, empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) juga akan ditambah di kawasan berkenaan.

“Penambahan itu menjadikan keseluruhan 49 kamera AWAS yang terdapat di seluruh negara termasuk 22 di PLUS setakat ini,” katanya. – Bernama.

Google ads
Back to top button