Artikel PilihanMotosikal

APA JADI JIKA JET DIPASANG DENGAN ENJIN BMW S1000RR?

BMW Motorrad bukanlah sebuah pengeluar motorsikal berprestasi tinggi pun. Mereka lebih dikenali sebagai pembuat motosikal Adventure. Tiada siapa sangka BMW akan hasilkan sebuah enjin empat selinder terbaik yang dipakejkan dengan motosikal supersport terbaik ketika dilancarkan 10 tahun yang lalu – S1000RR.

Motosikal ini mengejutkan dunia dengan prestasi, pengendalian dan ia sebuah supersport yang mampu memalukan big four Jepun dan Ducati walaupun tak masuk berlumba dalam MotoGP. Ia motosikal “trek” yang dibina untuk jalanraya. Ia sebuah motosikal yang tak perlukan aksesori langsung. Keluar kedai, terus boleh main trek. enjin, suspensi dan karekteristiknya memang bagus.

Tapi yang ini lain pula ceritanya.

Sebuah syarikat firma penerbangan di Republik Czech telah membina Jet mini yang diasaskan dari bekas Soviet Rusia pesawat L-39. Menariknya ia dikuasakan enjin empat selinder BMW S1000RR berkuasa 193hp. Berbeza dengan pesawat berkipas, sistem penyedut udara pada jet ini dipasangkan di bahagian belakang kokpit dengan kipas pelbagai bilah.

Firma tersebut, Skyleader Aircraf menggunakan bilah kipas yang menyedut udara dari hadapan dan mencipta momentum bagi membolehkannya bergerak melebihi 289km/j dan sejauh 547 kilometer.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Jet yang diberinama UL-39 Albi ini dibina dengan kebanyakan bahagian diperbuat dari bahan gentian karbon dengan berat keseluruhan hanya 322 kilogram.

Tags
Google ads
Back to top button