PEMILIK TOYOTA VELLFIRE KLON SEMALAM DITAHAN POLIS
Semalam, tular satu video yang dirakam menunjukkan dua buah MPV mewah Toyota Vellfire dilihat dengan nombor pendaftaran yang sama. Kedua-dua kenderaan tersebut memang mirip dengan spesifikasi, warna dan nombor yang sama.
Dalam satu laporan oleh akhbar Berita Harian pagi ini, Polis daerah Brickfield menerusi Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid, memberitahu satu tangkapan telah dibuat terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun di di hadapan sebuah hotel berhampiran pusat membeli belah MidValley.
Pihak polis dikatakan memerhatikan selama lebih 30 minit sebelum seorang lelaki muncul untuk masuk ke dalam kenderaan tersebut. Beliau ditahan serta merta.
Pemeriksaaan lanjut terhadap MPV itu mendapati, nombor pendaftaran asalnya bukanlah VCC6218. Nombor pendaftaran sebenarnya berbeza malah pemiliknya juga berbeza.
Kenderaan tersebut dirampas dan suspek ditahan serta disiasat di bawah
Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
BACA: JANGAN KENA TIPU DENGAN KERETA KLON
KREDIT: BERITA HARIAN