Buletin

APABILA MINAT MENGATASI OTAK, NASIB BAIK TAK KENA LANGGAR DENGAN KERETA RALI!

Menonton perlumbaan rali sememangnya mengujakan. Melihat kereta dipandu laju merentasi laluan sukar, bengkang-bengkok dan sesekali aksi terbang itu cukup mendebarkan.

Namun, di sebalik keterujaan itu, bahaya sentiasa menanti. Bukan sedikit laporan atau video yang menunjukkan kereta rali terbabas dan melanggar penonton.

Sebab itulah penganjur Kejohanan Rali Dunia (WRC) telah menetapkan lokasi khas yang terletak beberapa meter dari litar bagi membolehkan penonton melihat perlumbaan dengan lebih dekat dan selamat.

Nampaknya, larangan tersebut jelas tidak diikuti oleh seorang penonton Rali Australia yang dilihat berada sangat hampir dengan laluan kereta.

Kejadian tersebut dirakam baru-baru ini oleh kamera di dalam kereta yang dipandu oleh pelumba Otta Tanak, Jari-Matti Latlava dan Hayden Paddon ketika bersaing di peringkat ke-12 perlumbaan berkenaan.

Ia jelas menunjukkan lelaki itu meniarap di tepi jalan semata-mata untuk mendapatkan posisi merakam gambar yang terbaik. Abah dia! Jika kereta itu terbabas sedikit sahaja, lelaki tersebut pasti akan dilanggar, habis cerita.

Rupa-rupanya, bukan dia sahaja yang bertindak sedemikian. Terdapat beberapa lagi penonton yang melakukan aksi gila tersebut.

Kalau anda hendak tahu, inilah antara sebab kenapa Rali Poland dikeluarkan daripada kalendar perlumbaan WRC. Sebab ada penonton macam ini lah…

kredit foto: Jalopnik

Google ads
Back to top button