" "
Buletin

PASUKAN RALI PORSCHE CUMA AMBIL MASA 11 MINIT UNTUK TUKAR PASANG ENJIN DAN TRANSMISI. GILA LAJU BUAT KERJA!

Seperti kebiasaan perlumbaan rali, ia akan mendatangkan keterujaan kepada kita melihat kenderaan berkelajuan tinggi menghadapi cabaran tersendiri di atas permukaan laluan yang sentiasa berubah-ubah. Sudah pasti, ia juga akan mendatangkan masalah pada kenderaan.

East African Safari Classic Rally ialah salah satu acara rali paling mengujakan dengan tahap cabaran tersendiri dan menggunakan kenderaan lebih berusia. Satu perkara penting perlu dipertimbangkan ialah seberapa banyak pengetahuan boleh dikumpul oleh pasukan tentang kereta yang telah melakukan perkara seperti ini selama 40 tahun.

Porsche 911 ialah contoh hebat bagi kereta rali jenis ini. Ya, ikon perlumbaan jalan raya itu merupakan jentera rali yang berjaya dan disayangi. Dengan menggunakan tayar sepatutnya, suspensi dinaikkan, ia akan menjadi kereta Safari 911.

Pada acara tersebut, pelumba rali Stig Blomqvist dan juru tunjuk arah Mattias Adielsson mendapati Porsche lama mereka mengalami kerosakan teruk.

Semasa mengetuai perlumbaan EASR 2017, Porsche Stig mengalami kegagalan mekanikal. Ketika itulah pasukannya mula bekerja.

Kereta itu kemudian ditarik ke kru yang sedang menunggu. Beberapa tolakan dan tarikan diperlukan untuk memasukkannya ke tempat yang betul. Ia adalah tempat di mana krew perlumbaan Stig bersedia untuk bekerja dengan sepana, pengetahuan serta memerlukan tahap kerja berpasukan yang sangat tinggi.

Bahagian belakang kereta itu terbang ke udara, enjin dan transmisi baharu dipasang ke tempatnya. Semuanya hanya mengambil masa kira-kira 11 minit dan kereta itu seperti mendapat nyawa sekali lagi. Dalam beberapa saat, Stig, Mattias dan Safari 911 kembali dalam perlumbaan.

Sudah tentu, lebih banyak kerja yang terlibat daripada sekadar memasang enjin dan transmisi baharu. Sejumlah hos, talian, serta aci terpaksa disambungkan. Pelbagai cecair terpaksa diisi, ia tidak boleh tumpah begitu sahaja.

Maka, krew perlu bekerja dengan cepat dan bijak selain memastikan semuanya dalam keadaan selamat. Pasukan ini berjaya menunjukkan ketiga-tiga ciri tersebut dengan kebolehan teknikal yang menakjubkan.

Jika anda rasa anda pantas menggunakan sepana, anda harus melihat cara mereka bekerja. Namun saya yakin anda tidak mampu untuk memasang enjin dan kotak gear dalam masa 11 minit sahaja.

Google ads
Back to top button