Buletin

MENANGI TOYOTA VIOS SPORTS EDITION HUJUNG MINGGU INI

Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival yang akan berlangsung hujung minggu ini di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) tidak hanya menjanjikan sebuah acara menarik penuh aksi bagi penggemar sukan perlumbaan serta peminat tegar selebriti.

Malah ia turut menjadi satu acara yang sangat berbaloi dikunjungi dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi, termasuk sebuah Vios Sports Edition.

Anda hanya perlu hadir ke TGR Racing Festival, isi borang dan jawab beberapa soalan mudah. Borang dengan jawapan yang betul berpeluang membawa balik Vios Sports Edition yang diberi gayaan sama seperti jentera lumba Vios Challenge.

Hujung minggu ini akan sarat dengan aksi perlumbaan kereta, pertunjukkan drift, penampilan selebriti, permainan pentas dan banyak aktiviti untuk seisi keluarga. Peminat makanan juga akan disajikan dengan pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa daripada food truck yang ada di lokasi. Antaranya termasuklah kopi,coconut shake, nasi kukus dan nasi goreng kimchi.

Kemuncak acara tentunya perlumbaan Vios Challenge, terutama bagi kategori Super Sporting, di mana kebanyakan pemandu profesional Malaysia akan berentap merebut kejuaraan sulung. Di MAEPS, mereka akan mencabar takhta yang disandang oleh Raja Drift Malaysia, Tengku Djan. Selain memastikan agar beliau tidak akan menyapu bersih semua pusingan seperti yang dilakukannya pada perlumbaan pembukaan Ogos lalu di Batu Kawan.

Litar yang lebih lebar, laluan lurus yang lebih panjang serta perubahan permukaan, litar hujung minggu ini berkemungkinan memberi kelebihan kepada pencabar berani, Mark Darwin dari pasukan Dreamchaser serta William Ho. Kedua-dua orang pelumba itu nyata dahagakan kejuaraan dan mengikut rapat untuk menafikan Tengku Djan daripada terus menggungguli perlumbaan.

Turut serta menggalas cabaran ialah pelumba veteran Keifli Othman yang tidak sempat beraksi di Batu Kawan sebelum ini. Beliau nampak bersungguh untuk memberikan saingan hebat dan bakal memanfaatkan gaya pemanduan agresifnya.

Dalam kategori Sporting, pemandu berbakat, Geraldine Read akan membuat penampilan sulung, memandu bersama pasukan Excel Racing. Satu-satunya pelumba wanita dalam segmen perlumbaan, beliau memandu Vios bagi perlumbaan sokongan Formula 1 baru-baru ini.

Satu lagi perlumbaan yang ditunggu-tunggu ialah kategori Promotional di mana pelumba selebriti seperti Fattah Amin, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Janna Nick, Geraldine Gan, Danny Koo, Venice Min dan Shawn Lee akan bersaing untuk muncul juara. Shawn menggungguli kedua-dua perlumbaan di Batu Kawan, namun Shukri Yahaya dan selebriti lain berazam untuk meningkatkan prestasi masing-masing bagi perlumbaan di MAEPS nanti.

Selain daripada lapan pelumba selebriti,  Media Prima akan membawakan bas jelajah dan selebriti Drama Sangat seperti Bell Ngasri, Chacha Maembong, Izzue Islam, Johan Ashaari, Nad Zainal, Puteri Aishah, Raja Afiq dan Zoey Rahman. Semua selebriti ini akan memberikan banyak hadiah ketika sesi bersama peminat.

Saksikan juga pertunjukkan drift oleh juara dunia dari Jepun, Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino. Pasangan ini akan membuat penampilan dengan tajaan Toyo Tires menerusi aksi drift selama 30 minit setiap hari, memandu jentera drift Toyota 86.

Promosi Toyota RM1 Juta Bonanza menawarkan sehingga RM1 juta yang masih lagi berlangsung bagi mereka yang membeli kenderaan baru Toyota sebelum akhir tahun ini. TGR Racing Festival menjadi peluang terbaik untuk mendapatkan model kenderaan Toyota idaman anda kerana selain pemeran, sesi pandu uji bagi hampir semua model-model terbaru Toyota turut diadakan. Jangan lupa untuk mendekati model C-HR yang akan turut dipamerkan.

Di festival ini juga pengunjung berpeluang untuk merasai kehebatan Toyota Hilux dalam laluan berhalangan yang disediakan khas. Alami sendiri cengkaman menakjubkan dari sistem 4×4 termaju dalam kelasnya di atas binaan ramp besi.

Masuk adalah percuma dan aktiviti akan bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Untuk mendapatkan maklumat terkini, lokasi tempat letak kereta dan segalanya tentang Vios Challenge, layari laman Toyota GAZOO Racing Malaysia, serta ikuti laman Instagram dan Facebook.

Google ads
Back to top button