SUBARU IMPREZA WRC PETTER SOLBERG KEMBALI BERAKSI? BETULKAH NI?
Subaru Impreza WRC ini sememangnya tiada siapa boleh menafikan dia punya ke-lejen-an. Budak – budak pun kenal apatah apabila ianya dilayangkan dengan warna rasmi Biru Impreza. Yang ni sekali imbas tengok macam Subaru Impreza WRC yang pernah digunakan oleh lagenda Petter Solberg suatu ketika dahulu. Tapi apahal nampak macam lain sikit? Ke lain banyak?
Sebenarnya ini bukanlah Subaru Impreza WRC yang pernah dipandu oleh Petter Solberg. Sebaliknya ia adalah model saduran (apahal dah macam lagu saduran pula perginya ni) yang dijelmakan oleh pemilik saluran You Tube Passats de canto.
Untuk makluman, sebelum ini mereka pernah menghasilkan tiga buah model saduran model jentera WRC untuk dijadikan video parodi seperti perlumbaan WRC sebenar. Ketika itu mereka menggunakan Hyundai Getz untuk dijelmakan tiga buah, Hyundai R5, Toyota Yaris WRC serta Toyota GR Yaris Rally1.
Dan kali ini, mereka telah memilih Opel Vectra yang diperolehi daripada pusat pelupusan sebagai model asas untuk jadikan sebuah model Subaru Impreza WRC 2003. Kalau mengikut saiz dan proposisi, ianya mempunyai similariti seakan model Subaru Impreza. Menurut catatan, mereka mengambil masa enam bulan untuk mendapatkan kereta yang sesuai.
Dan mereka terus membuat kerja – kerja restorasi ringan bagi membolehkan Opel Vectra mampu dipandu serta canti dipandang mata. Malah mereka turut membuat kerja fabrikasi kimpalan menggunakan besi untuk menghasilkan Spoiler Impreza WRC untuk cukup ikonik itu.
Kerja – kerja tersebut mengambil masa 3 bulan termasuklah kerja mengecat warna rasmi pasukan Subaru. Memandangkan ianya dibuat sendiri, hasilnya seakan nampak sempurna termasuklah menempatkan spoiler yang besar itu di bahagian belakang serta skup udara di bahagian hadapan.
Jika ada yang musykil bagaimana lampu milik Subaru Impreza WRC mampu dipasang pada perumah asal? Mereka membuat idea bijak apabila menyembur cat keseluruhan warna pada lampu di bahagian hadapan dan juga lampu belakang terlebih dahulu. Kemudiannya mereka hanya menampal pelekat yang menyerupai lampu lampu milik jentera rali tersebut. Bijak. Bijak.
Dan akhirnya siaplah sudah Subaru Impreza WRC Petter Solberg ini lengkap dengan livery asal. Lebih menarik lagi, mereka tidak hanya menyiapkan kereta ini untuk dipamerkan mana – mana Auto Show tetapi sebaliknya mereka mahu melenjan cukup – cukup di atas trek rali, sama seperti SS rali sebenar.
Ternyata skil pemanduan mereka juga bukan calang – calang. Persis seperti Petter Solberg!
Kredit Foto : Tangkap Layar YT Passats de canto
BACA : PARODI PANDU UJI KERETA RALI “HYUNDAI R5, TOYOTA YARIS WRC & TOYOTA GR YARIS RALLY1”
BACA : SUBARU IMPREZA WRC 2004 – INI KISAH MENARIK TENTANGNYA