PERLUMBAAN PEKING TO PARIS KEMBALI – KALI INI DENGAN 100 PENYERTAAN!
Kalau korang rasa perlumbaan Dakar Rally dah cukup jauh ini ada satu perlumbaan yang lagi jauh. Peking to Paris yang mempunyai jarak perjalanan 14,484 kilometer. Ini dah hampir bersamaan dengan dua kali ganda jarak Rally Dakar. Lebih gila lagi perlumbaan ini sudah pun bermula sejak 1907!
Sebanyak 100 kenderaan vintaj (diproduksikan sebelum tahun 1970) sudah pun mengesahkan penyertaan untuk perlumbaan kali ini yang akan diadakan pada musim bunga ini.
Sejarah perlumbaan pada tahun 1907 bila sebuah akhbar Perancis Le Matin mengeluarkan satu artikel berupa cabaran pengembaraan musim panas dari Paris ke Peking (Beijing) dengan menggunakan kenderaan bermotor. Perlumbaan itu bagaimanapun dimulakan dari kedutaan Perancis di Peking pda 10 Jun 1907. Pemenang pertama tiba di Paris pada 10 Ogos 1907.
Perlumbaan terawal menarik minat 40 orang peserta tapi hanya 5 buah kenderaan yang dihantar ke Peking menjelang perlumbaan. Pasukan pertama sampai ke Paris akan diberikan habuan champagne dan setiap kenderaan mesti disertai seorang wartawan akhbar tersebut.
Bayangkan perlumbaan yang berlangsung merentasi kawasan yang tidak mempunyai stesen minyak dan jalan raya yang berturap. Pengangkutan seperti pedati yang ditarik oleh yak dan unta masih digunakan di Laluan Sutera dan ramai penduduk yang tak pernah tengok kereta pun seumur hidup. Apatah lagi untuk membantu jika berlaku kerosakan.
Pemenang pertama perlumbaan ini ialah Putera Scipione Borghese dari Itali yang menggunakan kenderaan yang dinamakan Italia dengan enjin 7 liter. Sebenarnya bukan beliau yang memandu tapi pemandu peribadi beliau. Dah agak dah.
Dalam perjalanan kenderaan beliau pernah hampir terjatuh daripada jambatan tapi berjaya ditarik naik dan diperbaiki. Keyakinan beliau untuk menang memang tinggi sehinggakan belau sempat melencong ke St. Petersburg, Russia untuk mengadakan jamuan khas untuk pasukan beliau. Kerek sungguh.
Bukan semua pasukan berjaya. Pasukan Perancis contohnya terpaksa meninggalkan kenderaan mereka di padang pasir selepas kehabisan minyak dan terselamat setelah diselamatkan oleh kabilah unta yang kebetulan menemui merek di padang pasir.
Sebelum ini ia pernah ditukar nama sekejap kepada London to Beijing Rally akibat laluan ditutup selepas Revolusi Russia. Kini nama Peking to Paris Motor Challenge kembali bermula 1997 sehingga sekarang. Hari tu berhenti sekejap sebab pandemik Covid-19.
Bayangkan seksanya naik kereta vintaj untuk perjalanan sejauh ini. Tapi itulah cabaran sebenarnya. Bukan berlumba sangat pun. Kalau menang tu nasib la kan.