
APLIKASI GENTARI GO DILANCARKAN, TAWAR PELBAGAI KEMUDAHAN KEPADA PENGGUNA EV
Syarikat solusi tenaga bersih Gentari Sdn Bhd, secara rasmi melancarkan aplikasi Gentari Go, sekaligus memudahkan pengguna kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.
Menurutnya, aplikasi berkenaan membolehkan perjalanan pengguna lebih lancar serta bebas tekanan dan ia direka untuk memudahkan peralihan kepada gaya hidup yang mampan.
Membina perkongsian awal dengan EV Connection dan ChargeEV, di mana ia menyediakan pengguna akses kepada lebih 70 peratus titik pengecasan di Malaysia.
Sehubungan itu, Gentari Go kini memperkasakan pengecasan merentas sempadan melalui Koridor Pengecasan EV pertama dari Singapura ke Thailand, dengan kerjasama Charging Point Operators (CPO) seperti CDG Engie, City Energy Go dan EVolt serta pengurusan titik pengecasan dengan Virta yang diperakui SOC2 & ISO12700.

Perkongsian ini membolehkan akses kepada lebih 2,000 pengecas di seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand.
Aplikasi Gentari Go menyediakan beberapa ciri seperti lokasi pengecasan serta jarak ke stesen pengecasan, kadar pengecasan dan bilangan pengecas tersedia.
Selain itu, turut tersedia adalah sistem mata ganjaran, di mana anda boleh mengumpul mata dengan setiap caj di kemudahan Gentari.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menebus ganjaran – baucar caj RM20 untuk 2,000 mata. Caranya adalah mudah, anda hanya perlu menunjukkan tangkap layar baucar tersebut.
Bagi pengguna bukan EV, platform itu menawarkan pilihan untuk menyewa EV melalui perkongsiannya dengan GoCar, sekali gus membantu pengguna membuat peralihan daripada kenderaan Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) kepada Kenderaan Elektrik.
Gentari Go juga memperkasakan perniagaan lain untuk mengoptimumkan potensi mereka dalam ekosistem tenaga hijau, seperti pengendali pusat pengecasan, syarikat automotif dan pelbagai penyedia produk serta perkhidmatan lain.
Dengan menyertai platform Gentari Go, pengendali-pengendali ini dapat mengakses rangkaian pengecas yang lebih luas dan mengoptimumkan pengurusan.
Gentari Go menyokong syarikat automotif dan pengeluar peralatan asli (OEM) dengan perkhidmatan mikro, membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan sesuai kepada pengguna.
Bagi memudahkan penggunaan EV dan merancang perjalanan lebih baik, aplikasi Gentari Go kini boleh dimuat turun di Google PlayStore atau Apple App Store di telefon pintar anda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.gentari.com/go/
- BACA: DASAR EV BAHARU KOREA SELATAN MEMIHAK HYUNDAI, KIA – BERI TEKANAN KEPADA BYD, TESLA
- BACA: TOYOTA MR2 -2026 DAH MULA JUAL? ENJIN 1.6 TURBO ATAU HIBRID ATAU EV? KE PAKAI ENJIN ALZA VTECT?
- BACA: ACO TECH, GENO DAN MARii JALIN KERJASAMA, PERKASAKAN PEMBANGUNAN EKOSISTEM EV
- BACA: MITSUBISHI L100 EV RASMI DILANCARKAN DI INDONESIA, JARAK GERAK 180KM, HARGA BERMULA RM97K

