Artikel Pilihan

TOYOTA MR2 -2026 DAH MULA JUAL? ENJIN 1.6 TURBO ATAU HIBRID ATAU EV? KE PAKAI ENJIN ALZA VTECT?

Khabar angin demi khabar angin mulai bertiup kencang daripada Jepun dengan laporan mengatakan Toyota sedang bersiap sedia untuk menghidupkan semula model MR2. Sasarannya ialah pada akhir 2025 model ini bakal dilancarkan dan mulai dipasarkan pada tahun 2026

Tapi kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang kan. Beberapa laporan mengatakan enjin yang menjadi pilihan sudah tentu ialah enjin G16E-GTS yang turut digunakan pada GR Yaris dan juga GR Corolla. Enjin ini menjana 257 kuasa kuda pada model GR Yaris dan 300 kuasa kuda pada GR Corolla

Selepas berjaya menghasilkan semula beberapa model ikonik seperti GT-86, GR-86, dan GR-Supra Toyota nampaknya masih mengekalkan jati diri menjadi sebuah syarikat automotif yang mengiurkan peminat malah pembangunan model kereta elektrik sepenuhnya dibuat secara ala kadar sahaja bagi menutup mulut pengkritik Toyota.

Beberapa pilihan trenkuasa sedang diteroka oleh Toyota bagi model MR2 ini termasuklah elektrik sepenuhnya, enjin petrol 3 silinder turbo dan juga hibrid. Namun buat masa ini biarpun tidak dinyatakan secara jelas, kami yakin enjin G16E-GTS ini adalah calon yang paling sesuai untuk MR2

Tapi seperti biasa, bagi menjadikan peminat lebih teruja dan mungkin untuk menjadikan pengkritik mereka terpesona, Toyota telah melancarkan satu model konsep dipanggil FT-SE. Dari segi nama ia tiada kaitan dengan MR2 tapi dari segi rekaan dan simbolik peminat JDM akan kenal bahawa ini adalah model MR2 di masa depan

Laman sesawang Best Car melaporkan yang Toyota sedang bergerak dengan 2 arah yang berbeza bagi model konsep FT-SE dengan elektrik sepenuhnya pada tahun 2027 dan enjin petrol turbo bagi pasaran 2026. Peminat JDM puas hati, peminat kereta elektrik pun akan senyum dengan strategi Toyota.

Bagi kami halatuju yang dibuat oleh Toyota ini adalah logik dengan Toyota masih berkeras menyatakan pembangunan kereta elektrik sepenuhnya bukan jawapan kepada karbon neutral. Namun tiada siapa yang boleh menjangkakan bagaimana penerimaan kereta elektrik di masa depan. Jawapan mudah, Toyota hasilkan semua varian untuk peminat automotif

Namun salah satu benda yang dihasilkan oleh Toyota dan tepat ialah pengenalan jenama Gazoo Racing bagi membuktikan Toyota bukan lagi jenama orang tua sebaliknya jenama idaman dengan imej sporti. Malah enjin G16E-GTS ini juga dihasilkan selepas Gazoo Racing terlibat dengan sukan rali secara serius

Laman sesawang Best Car juga memberi bayangan yang MR2 ini datang dengan konfigurasi MR, enjin tengah pacuan roda belakang. Antara cadangan awal MR2 termasuklah penggunaan rekaan hatchback sama seperti Renault 5 Turbo, namun rekaan ini menyebabkan Toyota menghasilkan terlalu banyak model kompak

Rekaan kereta sport moden 2 pintu dengan bentuk badan yang seksi adalah lebih sinonim dengan tanda nama MR2. Buat masa ini dikatakan Toyota masih lagi belum memutuskan rekaan akhir bumbung, bahagian belakang samaada menggunakan kaca sebagai penutup bahagian enjin belakang atau menggunakan rekaan seperti Supra

Namun beberapa perincian yang jelas telah timbul seperti panjang keseluruhan mencecah 4400mm, lebar 1850mm, tinggi 1230mm dan juga jarak antara roda mencapai 2600mm. Berat model MR2 ini dijangka tidak melebihi 1300kg dengan penawaran transmisi 6 kelajuan manual ataupun 8 kelajuan automatik

Google ads
Back to top button