
ENJIN TOYOTA T24A-FTS, TURBO + HIBRID. 349 KUASA KUDA & 543NM TORK. MACAM KERETA SPORT DAH
Enjin 2400cc 4 silinder dengan kod T24A-FTS dihasilkan bagi menggantikan enjin 2000cc 4 siilinder 8AR-FTS yang pernah digunakan oleh Toyota Harrier satu ketika dulu. Namun enjin 8AR-FTS terpaksa dihentikan pengeluaran selepas pihak EU mengetatkan peraturan pelepasan asap kepada Euro6 menjadikan enjin ini gagal mematuhi peraturan tersebut
Enjin ini juga turut digunakan untuk menggantikan enjin V6 2GR-FKS yang lebih berkuasa dan mula digunakan pada model Lexus NX350 mulai tahun 2021. Malah enjin ini turut digunakan pada model Highlander, RX350, Crown, Grand Highlander, Lexus LM500h, Tacoma dan juga Alphard/Vellfire 2023.
Dari segi rekaan asas, enjin ini berkongsi beberapa rekaan dengan enjin A25 tapi dengan beberapa perubahan kecil. Antaranya ialah:
1. blok enjin dihasilkan daripada aluminium dengan dilapisi lapisan keluli pada bahagian liner silinder. Sistem penyejukan menggunakan jaket sejukan cecair jenis open deck dan sambungan laluan cecair penyejukan antara silinder
2. Piston direka dan dipasang secara offset 10mm daripada paksi putaran aci engkol, bagi mengurangkan daya, geseran dan juga meningkatkan ketahanan enjin. Aci engkol direka dengan 5 journal dan 8 berat pengimbang. Aci engkol dan bearing utama disalut dengan resin untuk mengurangkan geseran.
3. Piston dihasilkan daripada aloi, dengan oil ring atas sekali disalut dengan PVD (Physical Vapour Deposition), polymer coating dan anti wear carbon coating. Piston dan rod penyambung (yang dihasilkan dengan kaedah tempaan) disambungkan dengan kaedah floating pin.
4. Injap atau seat valve dihasilkan denga kaedah laser clad manakala injap ekzos diisi dengan garam (sodium) untuk mengurangkan masalah knocking. Sistem pemasaan injap menggunakan mekanisma DOHC, dipacu dengan rantai serta sistem Dual Variable Valve Intake.
Sistem ini berupaya mengubah pemasaan enjin sehingga 50 darjah pada semua injap kemasukan dan enjap ekzos. Ketegangan rantai pula akan dikawal sistem automatic hydralic tensioner.
5. Bahagian luar enjin ini ditutup dengan penutup khas bagi mengawal aliran udara dari motor secara optimum. Enjin ini ditambat dengan 4 cagak enjin, dengan cagak kiri & kanan menggunakan teknologi hidraulik. Cagak depan menggunakan sistem aktif yang akan membatalkan gegeran enjin pada halaju rendah & melahu
6. Sistem minyak pelincir menggunakan pam dengan isipadu boleh laras yang akan dihantar terus pada 2 nozel pada setiap selinder. Minyak pelincir akan disejukkan dengan engine oil cooler bagi mengurangkan masalah knocking
7. Bagi sistem penyejukan, komponen termostat diganti dengan electric control valve, menutup laluan penyejuk ketika awal pagi untuk memanaskan enjin dengan cepat. Cecair penyejuk dipam dengan menggunakan pam elektrik. Halaju kipas radiator ditentukan oleh sensor, suhu cecair penyejuk, operasi penyaman udara dan RPM.
8. Unit turbo adalah dari jenis skrol berkembar dengan sistem penyejukan berasingan bagi turbo dan intercooler. Untuk mengurangkan berat, rongga kemasukan udara dihasilkan daripada resin
9. Sistem suntikan menggunakan unit berkembar D-4S iaitu gabungan suntikan bahan api terus dengan sistem EFI. Sistem suntikan bahan api boleh beroperasi sehingga 30 MPa dengan 6 lubang semburan berbanding 10 lubang semburan bagi sistem EFI
10. Semua kuasa enjin akan dihantar ke roda depan menerusi transmisi Direct Shift – 6 kelajuan. Kuasa enjin ini menghasilkan sekitar 268 kuasa kuda dan 339Nm tork serta pada masa yang sama memenuhi regulasi pelepasan asap Euro6.
11. Bagi model Crown ia akan diberikan dengan 2 motor elektrik (satu di depan dan satu untuk gandar belakang). Motor elektrik roda depan menjana 82 kuasa kuda dan 292 Nm tork manakala motor elektrik gandar belakang menjana 79 kuasa kuda dan 168Nm tork
12. Sistem bateri menggunakan bateri baru yang dikenali dengan nama nickel hydrogen bipolar 230Volt dengan arus 5Ah. Bateri ini berupaya menyimpan tenaga elektrik sebanyak 1.2kWh serta membantu Toyota Crown memecut dari 0-96km/jam dalam masa 5.7 saat sahaja
13. Sistem trenkuasa ini juga membenarkan Toyota Crown untuk beroperasi dengan sistem AWD (Full-Time Electronic All-Wheel Drive). Sistem ini berupaya untuk menghantar agihan kuasa dalam ratio 70:30 (depan: belakang) atau 20:80 (depan:belakang). Ia juga boleh beroperasi dalam mode pacuan roda depan sahaja bagi kecekapan tenaga



