Artikel PilihanBuletin

BANGUNAN PARKIR KERETA RUNTUH REMUKKAN KERETA DAN HATI PEMILIKNYA

Satu kongsian video di Twitter menunjukkan sebuah bangunan parkir kereta runtuh  di Arab Saudi sekaligus meranapkan beberapa buah kereta yang berada di situ. Beberapa gambar kereta yang sudah penyek juga turut dikongsikan ekoran kejadian yang berlaku Oktober lepas.

Beberapa buah model mewah seperti Porsche dan BMW juga didapati ranap sepenuhnya seolah-olah model yang dikemekkan di scrap yard. Sadis betul.

Dahsyatnya runtuhan tersebut membuatkan ada kereta yang sudah tidak dapat dikenal pasti. Kebanyakkan menerima hentaman teruk dari runtuhan tersebut dan dipenuhi dengan pecahan konkrit bangunan. Memang total loss la ni jawabnya.

Punca runtuhan masih tidak dapat dikenal pasti dan yang pastinya berita tentang kejadian ini memang baharu sahaja disebarkan. Itupun hasil perkongsian beberapa aktivis dari Arab Saudi.

Video sebelum dan semasa kejadian menunjukkan seorang lelaki yang sedang berjalan menuruni tangga bangunan parkir tersebut bila dengan tiba-tiba runtuhan berlaku. Lelaki yang dikenali dengan nama Abdullah Abu Habla terselamat tanpa sebarang kecederaan. Kalau beliau terawal beberapa minit tak tahu a apa yang akan terjadi.

Minta-minta kita semua dijauhkan dari keadaan macam ni. Ngeri boh.

Google ads
Back to top button