Buletin

MR WASH PUSAT BASUH KENDERAAN TERBESAR DUNIA. CUCI 4K KENDERAAN SEHARI!!!

Jenama Toyota mungkin sedang membangunkan teknologi yang membolehkan kenderaan basuh dengan sendiri.

Begitupun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pusat membasuh kenderaan terbesar di dunia terletak di Stuttgart, Jerman.

Stuttgart merupakan ‘rumah’ bagi jenama besar industri automotif seperti Porsche dan Mercedes-Benz.

Statistik operasi pusat membasuh kenderaan itu amat menakjubkan,  ia mampu membasuh lebih 300 kenderaan dalam setiap satu jam.

Secara keseluruhan, pusat membasuh kenderaan dengan keluasan 1.5 hektar itu membasuh kenderaan lebih 4,000 sehari.

Dikenali sebagai Mr. Wash, ia bukan sekadar destinasi membasuh kenderaan tetapu merupakan sebuah ‘bandar’ dikhususkan membuang kotoran pada kenderaan merangkumi di bahagian bampar, hud dan tayar kenderaan.

Mr.Wash memiliki sebanyak 110 pekerja, secara purata mereka membersihkan sebanyak 1,000 ruang dalaman kenderaan setiap hari.

Bahkan, terdapat setiap stesen tugasan yang dilalui kenderaan, mereka perlu menyiapkan setiap tugasan dalam tempoh 30 saat termasuk menyembur kenderaan, meletakkan sabun dan membersihkan bahagian luaran.

Selain itu, terdapat satu stesen wax kenderaan pada penghujung barisan tugasan-tugasan tersebut.

Ia turut dilengkapi sebanyak 48 pembersih vakum menanti untuk menyedut habuk dan sampah-sarap di dalam kenderaan.

Pusat membasuh kenderaan itu tidak terhad menawarkan perkhidmatan pembersihan sahaja tetapi menyediakan khidmat menukar minyak hitam serta stesen petrol. – carbuzz

Google ads
Back to top button