Buletin

BEG BIJAN BUATAN ISTIMEWA? BAIK BELI PORSCHE 911 GT2 RS – 700HP, RM2.9 JUTA SEUNIT

Sime Darby Auto Performance (SDAP) baru-baru ini melancarkan model berkuasa tinggi, 911 GT2 RS di di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pelancaran sempena ulang tahun ke-70 Porsche itu menyaksikan pelbagai acara dijalankan di seluruh dunia. Harus tahu bahawa 911 GT2 RS merupakan model 911 paling laju yang pernah dihasilkan oleh Porsche.

Ia memiliki prestasi seperti sebuah kereta super sports dan telah berjaya mencatat rekod 6 minit 47.3 saat di litar Nurburgring.

911 GT2 RS boleh anda miliki pada harga bermula RM2.9 juta yang didatangkan bersama jaminan selama empat tahun. Harga itu termasuk cukai, tanpa yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Kereta sports ini dikuasakan oleh enjin 3.8 liter biturbo flat six yang mampu menjana 700hp dan tork maksimum 750 Nm.

Dipadankan dengan kotak gear PDK klac berkembar tujuh kelajuan, ia berupaya memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 2.8 saat dan mencatat kelajuan sehingga 340 km/j.

Semua kuasa itu disalurkan ke roda belakang. Manakala penggunaan ekzos jenis titanium, membolehkan beratnya dikurangkan sebanyak 7kg berbanding 911 Turbo.

Penggunaan material gentian karbon pada cermin sisi, corong udara, panel belakang kereta dan beberapa komponen dalaman mengurangkan lagi berat jentera ini.

Lebih menarik lagi, Porsche turut menawarkan pakej Weissach yang melibatkan bumbung dan rim magnesium serta bar anti oleng titanium yang 30kg lebih ringan.

Ruang kabin dimonopoli oleh kulit Alcantara berwarna hitam dan merah, selain kemasan karbon sebagai ciri standard.

Infotaimen Porsche Communication Management digunakan untuk membolehkan pemandu mengawal sistem audio, navigasi dan komunikasi kereta.

Sementara modul Connect Plus dan aplikasi Precision yang didatangkan secara standard pula berfungsi merekod serta memaparkan data pemanduan pada telefon pintar.

Porsche turut menawarkan jam tangan edisi khas Porsche Design 911 GT2 RS Chronograph buat pembeli 911 GT2 RS. Ia sudah boleh ditempah di pengedar rasmi Porsche Centre.

Khusus buat pemilik Porsche 911 GT2 RS, pihak Porsche menawarkan jam tangan edisi khas yang diperbuat daripada titanium dan ia kini boleh ditempah di pengedar rasmi Porsche Centre.

GALERI 

Google ads
Back to top button