Buletin

PENGGUNA LEBIH SUKA BELI KERETA BAHARU BERBANDING TERPAKAI – MALAS FIKIR PASAL PENYELENGGARAAN JADI PUNCA UTAMA

Hasil kaji selidik Consumer Reports yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa sebab utama pengguna membeli kereta baharu adalah kerana mereka bimbang dari segi kebolehpercayaan kereta terpakai.

Mereka percaya baharu itu lebih baik. Responden meletakkan isu ketahanan mendahului menfaat kereta baharu seperti teknologi dan sistem keselamatan. Dapatan ini nampaknya bukanlah sesuatu yang baru.

Selain takut rosak, 51 peratus responden menyatakan mereka bahukan jaminan kereta baharu. 46 peratus memberitahu mereka tidak mahu kesusahan membaiki dan menyelenggara kereta terpakai. Manakala 44 peratus bimbang tentang kos menyelenggara kereta terpakai.

Semua kebimbangan ini ada betulnya. Tetapi Consumer Reports mencadangkan pengguna mungkin boleh membeli versi kenderaan lebih lama, kerana ia lebih murah atau mungkin tiada masalah berbanding versi baharu yang dilengkapi teknologi terkini.

“Tidak betul untuk menggangap semua kereta baharu bebas masalah. Sebaliknya, pengguna harus membuat kajian sebelum membeli,” kata Pengarah Consumer Reports, Jake Fisher.

Google ads
Back to top button