Buletin

20 UNIT VOLVO S60 T8 POLESTAR ENGINEERED HABIS DIJUAL DALAM MASA 39 MINIT!

Volvo USA hanya mengambil masa selama 39 minit untuk menjual semua 20 unit S60 T8 Polestar Engineered yang dikhaskan buat pasaran Amerika Syarikat.

Jentera itu ditawarkan dengan bayaran bulanan sebanyak AS$1,100 (RM4,440). Model plug-in hybrid tersebut dilapor mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa cuma 4.3 saat. Sekali gus menjadi saingan sengit kepada Audi S4 dan Mercedes-Benz AMG C43.

Pengeluar kenderaan dari Sweden itu menggunakan aplikasi Care by Volvo untuk berhubung dengan para pelanggan.

Bagi mereka yang terlepas peluang ini, mereka bagaimanapun boleh membeli S60 dalam kemasan AWD Momentum menerusi dalam talian atau aplikasi.

Varian T8 Polestar Engineered dibezakan dengan model lain melalui enjin berkuasa 415hp dan tork maksimum 669Nm. Selain sistem brek Brembo, suspensi Öhlins, topang bar Polestar dan rim aloi bersaiz 19 inci yang eksklusif.

Volvo juga ada menawarkan naik taraf Polestar Engine Software Optimization kepada 200 pelanggan Care by Volvo untuk varian Volvo S60 T6 AWD R-Design, berdasarkan kepada siapa cepat, dia dapat. 

Naik taraf ini melibatkan respon pendikit yang telah ditambah baik, shift speed dan prestasi enjin pada julat sederhana. Semua ini menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan.

Menurut Volvo, inisiatif Care by Volvo membolehkan pelanggan memiliki kereta semudah mempunyai telefon bombit. Ini kerana ansuran bulanan merangkumi bayaran kereta, insurans, penyelenggaraan serta kos alat ganti selama dua tahun.

Selepas 12 bulan, pengguna Care by Volvo boleh menukar kepada kereta Volvo yang baru mengikut kecenderungan mereka.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button