
BELANJAWAN 2026: GERAN PADANAN HINGGA RM4,000 UNTUK LUPUS KERETA, BELI KENDERAAN NASIONAL
Kerajaan bersama pengeluar kenderaan nasional akan menyediakan geran padanan sehingga RM4,000 kepada pemilik yang melupuskan kereta berusia lebih 20 tahun dan membeli kenderaan nasional baharu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu bukan sahaja meningkatkan keselamatan di jalan raya, tetapi turut merancakkan pasaran automotif tempatan dan memperkukuh ekonomi rakyat.
Dalam masa sama, beliau berkata, Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijangka menggerakkan pelaburan bernilai RM16.5 bilion pada tahun 2026, khusus dalam projek tenaga boleh baharu dan infrastruktur hijau.
“Ini termasuk pembangunan ladang solar oleh UEM Lestra di Segamat, Melaka dan Selangor, serta kerjasama dengan PLUS Malaysia bagi memperluas kemudahan pengecasan EV (kenderaan elektrik) di lebuh raya utama,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Anwar berkata, langkah itu mempercepat pertumbuhan ekonomi hijau dan mengukuhkan Malaysia sebagai hab tenaga bersih serantau. – Harian Metro
- BACA: BELANJAWAN 2026: KERAJAAN HADKAN PENGECUALIAN CUKAI KENDERAAN DI LANGKAWI, LABUAN
- BACA: NISSAN PAMER MOBILITI CERDAS DI JAPAN MOBILITY SHOW 2025
- BACA: BELANJAWAN 2026: PENGECUALIAN DUTI AKSAIS, CUKAI JUALAN UNTUK PEMANDU TEKSI BELI KERETA NASIONAL BAHARU
- BACA: SKODA FABIA 130 RS – MODEL KHAS DENGAN DNA RALI. BOLEH BERLUMBA TERUS KOT LEPAS NI