Artikel Pilihan

PROTOTAIP FUTURISTIK YAMAHA DENGAN TIGA RODA – NAK BAYAR CUKAI JALAN KERETA KE MOTOSIKAL NI?

Yamaha memang satu nama besar dalam pengeluaran motorsikal tapi kita semua tahu yang mereka juga aktif memberikan bantuan dan sentuhan dalam penghasilkan enjin-enjin ikonik seperti 4A-GE dan 2ZZ-GE untuk Toyota, Lexus LFA V10, Ford Taurus SHO V6 dan Volvo 4.4 liter V8.

Kini mereka bakal mengegarkan dunia automotif dengan prototaip terbaru mereka di Japan Mobility Show akan datang dengan model tiga-roda yang seakan kacukan Morgan 3-Wheeler dan Polaris Slingshot.

Projek terbaru Yamaha ini dinamakan Tricera yang ia mula didedahkan sejak tiga minggu lepas. Rekaannya kemudian semakin berkembang dan kini kelihatan lebih realistik untuk kegunaan di dunia sebenar. Kadang-kadang model konsep ni kelihatan seperti untuk kegunaan di permukaan bulan.

Jangan teruja sangat dan mula mengumpul duit sebab belum ada kata putus dari Yamaha sama ada ia akan diproduksikan ataupun tidak. Pasaran benda macam ni rasanya bukan besar sangat.

Rekaan Tricera ni memang mempunyai persamaan dengan model-model Yamaha yang ada sekarang contohnya pada lampu hadapan dan dua unit DRL pada bahagian depan. Ia turut mempunyai rekaan ‘hidung’ dan pelindung untuk tayar-tayar hadapan.

Pemandu dan penumpang duduk bersebelahan dan kawalannya kelihatan seperti sebuah kereta sports lengkap dengan tempat duduk bucket. Pemandu mengawal menggunakan stereng dan tukaran gear dilakukan oleh paddle shifter berwarna emas di belakang roda stereng.

Tricera dikuasakan oleh motor elektrik namun tidak dapat dipastikan berapa kuasa maksima dan berapa besar pek bateri yang digunakan. Apa pun setahu kami Yamaha melengkapkan Tricera dengan sistem three-wheel steering. Dengan kata lain kesemua tayarnya boleh digerakkan ke kiri dan kanan untuk membelok.

Kalau diproduksikan memang makin meriah la segmen EV dengan variasi terbaru daripada Yamaha ni.

Google ads
Back to top button