
BHPETROL ‘PAM & MENANG KEMBALI LAGI 2.0’ TAWAR HADIAH PROTON IRIZ, PERCUTIAN KE DUBAI BERSAMA ALIFF SATAR
BHPetrol baru-baru ini menganjurkan kempen ‘Pam & Menang Kembali Lagi 2.0’ dengan tawaran hadiah utama menarik iaitu berupa Proton Iriz 1.6L Active CVT.
Dengan cara begitu mudah, pelanggan hanya perlu membelanjakan minimum RM40 untuk bahan api Infiniti RON 95, RON 97, B10 diesel, B7 diesel atau dalam satu resit di stesen BHPetrol.

Selain membawa pulang hadiah utama, kempen bermula dari 1 Ogos hingga 31 Oktober ini turut menawarkan percutian ke Dubai bersama selebriti Malaysia, Alif Satar untuk empat pemenang bertuah.
Pemenang tempat kedua akan menerima satu daripada empat unit Iriz, manakala pemenang tempat ketiga masing-masing menerima satu daripada empat belas motosikal Modenas Kriss 110.

Ganjaran tambahan termasuklah TV pintar 32-inci, telefon pintar, pelincir BHPetrol SynGard, payung BHPetrol edisi khas untuk pemenang mingguan dan 30,000 e-point.
Untuk rekod, kempen ini kepada empat wilayah iaitu wilayah Malaysia Tengah dan Selangor, wilayah Malaysia Selatan, wilayah Malaysia Utara serta wilayah Pantai Timur.
Setelah mengumumkan pemenang bagi wilayah Malaysia Tengah dan Selangor, BHPetrol juga memberikan hadiah kepada mereka yang bertuah di tiga wilayah lain pada hujung minggu depan, 9 Disember 2023.








