Buletin

HASIL JUALAN PROTON TERUS KUKUH, LEPASI JUMLAH JUALAN SEPANJANG TAHUN – 141,900 UNIT

Pengeluar kereta nasional Proton catat pertumbuhan positif apabila mencatatkan jumlah pendaftaran sebanyak 12,296 unit bagi domestik dan eksport.

Jumlah jualan YTD Proton sehingga bulan November mencapai 141,900 unit (Domestik: 138,876 unit, Eksport: 3,024 unit).

Dengan angka tersebut, Proton telah pun melepasi jumlah jualan sepanjang tahun, mencecah 141,900 unit berbanding 141,432 unit pada tahun lepas.

Pertumbuhan sebanyak 12 peratus berbanding tahun ke tahun membawa kepada pegangan pasaran yang stabil iaitu 19.7 peratus.

Selain itu, Proton X Series, yang terdiri daripada model X50, X70, dan X90, terus menawan hati pembeli kereta Malaysia dengan meraih pencapaian luar biasa iaitu 201,710 unit di atas jalan raya.

Proton X50, pendahulu dalam kategori SUV segmen B, kekal sebagai kegemaran pelanggan, mencatat hasil jualan sebanyak 2,115 unit bagi bulan November, menjadikan 102,325 unit telah terjual sejak dilancarkan.

Proton X70, pesaing dalam segmen SUV C, merekodkan 95,100 unit terjual sejak dilancarkan, mengekalkan kedudukan pasarannya yang kukuh.

Sementara, Proton X90, diperkenalkan kurang dari setahun lalu, terus menerajui segmen SUV D, meraih 4,285 unit.

Permintaan tinggi untuk model Proton PIES memacu pertumbuhan jualan yang ketara Model PIES Proton (Saga, Iriz, Persona, Exora) merekodkan pertumbuhan memberangsangkan iaitu sebanyak 34.3 peratus berbanding YTD 2022.

Untuk rekod, hasil jualan Proton Saga kekal tertinggi, mendahului dengan 6,349 unit terjual, kedua tertinggi untuk tahun ini.

Dalam pada itu, bagi model baharu dilancarkan, Proton S70 tidak menunggu lama meraih populariti dengan mencatatkan tempahan sebanyak 900 unit seminggu.

Menurut Proton, jumlah tempahan untuk S70 telah melebihi 3,000 unit, menandakan kecenderungan yang sejajar dengan keperluan dan pilihan rakyat Malaysia.

Google ads
"
"
Back to top button