Buletin

BHPETROL eCARD MOBILE APP – KINI SEMUANYA DI HUJUNG JARI ANDA

BHPetrol telah melancarkan BHPetrol eCard Mobile App bagi untuk kemudahan di hujung jari anda. Benar, kini anda tidak perlu lagi membawa kad fizikal kerana anda boleh muat turun aplikasi BHPetrol eCard ke telefon pintar sahaja.

Muat turun dan daftar secara percuma. Sebaik pendaftaran diterima, anda layak mengumpul ePoints dengan serta-merta. Bagi mereka yang sudah memiliki eCard sebelum ini, sebaik anda mendaftar eCard Mobile, mata yang terkumpul sebelum ini akan dipindahkan secara automatik. Mudah bukan?

Tujuan aplikasi mudah alih ini diperkenalkan adalah bertujuan mengelakkan masa pengguna terbuang semasa mendapatkan kad gantian jika ia hilang ataupun kad asal sudah tamat tempoh. Kini eCard Mobile BHPetrol baharu tidak mempunyai tarikh luput.

Ia juga lebih mesra alam kerana pihak BHPetrol tidak perlu mencetak kad yang diperbuat daripada plastik. Lagi pun kita semua sudah ada macam-macam kad dalam dompet kan?

“BHPetrol sangat teruja untuk memperkenalkan tawaran istimewa baharu setiap bulan di dalam eCard Mobile App! Sebagai ahli aplikasi eCard, pelanggan dialu-alukan untuk menikmati tawaran tempoh terhad yang boleh ditebus dengan “0” ePoints. Pastikan anda sentiasa peka dengan promosi terkini dengan membuka aplikasi BHPetrol eCard. Ini merupakan satu cara terbaik untuk mendapatkan penjimatan yang tidak patut dilepaskan.”

Penggunaan aplikasi ini juga memudahkan anda untuk menyemak baki ePoints pada setiap masa di mana-mana sahaja. Mata yang dikumpul boleh ditebus untuk baucar petrol ataupun barangan terpilih yang BHPetrol sediakan istmewa untuk anda sebagai pelanggan setianya.

Jadi apa tunggu lagi? Muat turun BHPetrol eCard Mobile App hari ini dan jangan lupa memasukkan kad rujukan khas daripada Mekanika Malaysia untuk mendapatkan 100 mata ePoints secara percuma.

Masukkan sahaja kod : BHP x Mekanika. Tawaran istimewa ini hanya untuk pembaca dan pengikut Mekanika Malaysia sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai BHPetrol eCard App ni anda boleh layari pautan INI

Google ads
Back to top button