" "
Buletin

BILIK PAMERAN HYUNDAI PENANG CITY STORE RASMI DIBUKA DI GURNEY PARAGON MALL

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah membuka bilik pameran gaya hidup pertamanya di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang. Dikenali sebagai Hyundai Penang City Store, ia tampil dengan rekaan dalaman yang moden bersama satu dinding paparan digital. 

Selain mempamerkan model-model terbaharu Hyundai, bilik pameran itu juga menawarkan perkhidmatan digital yang membolehkan pelanggan melihat dan merasai kereta impian mereka menerusi satu konfigurator. Jadi, pelanggan boleh menikmati pengalaman menghasilkan kereta secara maya berdasarkan kepada warna yang dipilih. 

Tidak seperti bilik pameran kereta konvensional, Hyundai Penang City Store menawarkan banyak pilihan perkhidmatan layan diri, selain koleksi barangan Hyundai yang menarik. 

“Hyundai merevolusikan cara kereta dijual. Kami percaya orang ramai akan lebih tertarik dengan persekitaran yang selesa dan lebih relaks. Bilik pameran ini juga akan membantu menaikkan lagi kesedaran terhadapa jenama dan jualan kenderaan Hyundai,” kata Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung. 

Satu stesen pengecasan AC turut dipasang di Basement 2 of Gurney Paragon Mall untuk kegunaan pemilik kenderaan elektrik Hyundai. Ia dibuka mengikut waktu operasi pusat membeli-belah berkenaan iaitu bermula 10am hingga 10pm. 

Pelanggan yang membeli kenderaan daripada Hyundai Penang City Store akan disokong oleh pusat servis sah Hyundai di Jalan Sungai Pinang. 

Maklumat lanjut, sila hubungi talian 1300-13-2000 atau layari laman web to www.hyundai.com.my

GALERI

Google ads
Back to top button