Artikel Pilihan

INI RUMAH KHAS UNTUK PEMINAT KERETA, BELAKANG RUMAH ADA LITAR LUMBA

Jika anda merupakan seorang peminat sukan permotoran, mungkin ini rumah yang sesuai untuk anda. Ia merupakan sebuah rumah banglo yang berkeluasan 8050 kaki per segi tapi hanya menawarkan satu bilik tidur dan satu bilik air sahaja di tingkat atas

Sebahagian besar ruang yang lain di tingkat bawah telah ditukar menjadi garaj bagi menempatkan 30 buah kereta dalam satu masa. Buat masa ini rumah tersebut ditawarkan pada harga RM 32.92 terletak di Thermal, California.

Tambah menarik lagi ialah rumah ini terletak dalam satu kawasan elit lengkap dengan 3 litar lumba bagi menguji semua kereta yang ada dalam rumah tersebut. Sama seperti rumah dalam kelab golf, rumah ini adalah rumah khas yang dibina dengan litar lumba berada dalam kawasan kelab

Antara syarat utama untuk memiliki rumah di dalam kelab ini, anda perlu menjadi ahli kelab dengan bayaran yuran RM 373,000 dan perlu membayar yuran bulanan dengan kos RM 5266 setiap bulan. Bayaran ini membolehkan anda mengakses semua kemudahan di dalam kelab dan juga litar lumba

Bahagian bawah banglo ini kelihatan biasa sahaja dengan didominasi oleh 2 pintu garaj yang amat besar dan merupakan pintu masuk ke ruang garaj sebesar 3600 kaki per segi mampu memautkan sehingga 30 buah kereta idaman dalam satu-satu masa.

Bahagian atas pula memuatkan 1 bilik tidur dengan menggunakan konsep studio terbuka. Malah di bahagian beranda atas, ia berkeluasan 1250 kaki per segi dengan pelantar untuk melihat kereta berlumba, tab mandi terbuka dan pit untuk aktiviti barbeku

Namun semenjak dilancarkan pada tahun 2012, jualan rumah di dalam kelab ini tidak begitu menggalakkan disebabkan lokasinya yang berada di tengah kawasan gurun. Malah kebanyakan pemilik rumah di sini adalah golongan jutawan dengan kekayaan sekitar 30 juta USD, memiliki barisan kereta mewah dan rumah di dalam kelab ini adalah rumah ke 3 atau ke 4 mereka.

Google ads
Back to top button