Buletin

BIMS 2016: MITSUBISHI MIRAGE FACELIFT

Mitsubihsi Motors Thailand hari ini menampilkan barisan model untuk tahun 2016 di Bangkok International Motor Show (BIMS 2016).

batch_Mitsubishi-Mirage-facelift-BIMS-2016-mekanika12

Model-model tersebut ialah Triton, Pajero Sport, Mirage dan Attrage. Namun, model yang menarik minat saya ialah model kompak Mirage.

batch_Mitsubishi-Mirage-facelift-BIMS-2016-mekanika4

Mirage facelift ini telah menerima beberapa bentuk penambahbaikan yang signifikan, Antaranya ialah lampu utama jenis projektor bi-xenon HID, lampu spektrum LED, lampu belakang LED, spoiler belakang dengan lampu brek LED, rim aloi dua tona bersaiz 15 inci, gril hadapan rekaan baharu dan kemasan krom pada bahagian bawah gril hadapan.

batch_Mitsubishi-Mirage-facelift-BIMS-2016-mekanika11

Mirage dijana oleh unit enjin DOHC MIVEC bersesaran 1.2 liter. Enjin kecil ini mampu menghasilkan kuasa 78hp dan tork maksimum 100Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT INVECS-III serta G-Sensor.

Harus tahu bahawa enjin itu menepati piawaian Euro 5, selain mampu mencatat penggunaan bahan api sekitar 23.8 kilometer bagi setiap liter.

batch_Mitsubishi-Mirage-facelift-BIMS-2016-mekanika8

Mirage juga disifatkan sebagai sebuah kereta kompak yang selamat menerusi aplikasi sistem keselamatan tercanggih seperti Forward Collision Mitigation System -Low Speed Range (FCM-LS) dan Mitigation System (RMS-Forward) yang menggunakan radar.

batch_Mitsubishi-Mirage-facelift-BIMS-2016-mekanika6

Mirage juga hadir dengan beberapa warna menarik termasuklah ungu, oren, biru, putih, hitam dan kelabu.

GALERI

batch_Mitsubishi-Mirage-facelift-BIMS-2016-mekanika2batch_Mitsubishi-Mirage-facelift-BIMS-2016-mekanika1batch_Mitsubishi-Mirage-facelift-BIMS-2016-mekanika9batch_Mitsubishi-Mirage-facelift-BIMS-2016-mekanika7batch_Mitsubishi-Mirage-facelift-BIMS-2016-mekanika14

Google ads
Back to top button