Buletin

BIMS 2016: GALERI HONDA CIVIC

Bangkok International Motor Show (BIMS 2016) membuka tirainya kepada media pada hari ini. Sebagai permulaan, saya hidangkan anda dengan galeri model yang amat ditunggu-tunggu, Honda Civic.

batch_Honda-civic-BIMS-2016-mekanika1

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, Honda menawarkan Civic dalam empat varian iaitu 1.8E, 1.8EL, Turbo dan Turbo RS di pasaran Thailand.

Selain ciri dan kemasan berbeza, Civic turut dikategorikan melalui penggunaan enjin 1.8 I-VTEC dan 1.5 VTEC Turbo. Enjin 1.8 i-VTEC mampu menghasilkan kuasa sekitar 141hp @ 6,500rpm dan tork 174Nm @ 4,300rpm.

batch_Honda-civic-BIMS-2016-mekanika5

Sementara enjin turbo itu pula berkuasa 173hp @ 5,500rpm dengan tork 220Nm pada 1,700rpm – 5,500rpm. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear CVT.

Dari segi sistem keselamatan pula, Civic dilengkapi Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Hill Start Assist (HSA), kawalan jelajah, Walk Away Auto Lock dan banyak lagi (bergantung kepada varian yang dipilih).

batch_Honda-civic-BIMS-2016-mekanika7

Masuk ruang kabin, panel instrumen yang digunakan ialah TFT LCD (kecuali model 1.8E). Di samping sistem infotainment skrin sentuh 7-inci dengan kesesuaian Apple CarPlay dan Siri Eyes Free, sistem bunyi dengan  unitpembesar suara serta kamera undur.

batch_Honda-civic-BIMS-2016-mekanika11

Di Thailand, Civic ditawarkan pada harga bermula 1,099,000 baht (RM117,243) hingga  1,199,000 baht (RM130,024) seunit.

batch_IMG_2285

Di BIMS 2016, Honda turut memperkenalkan Civic yang dipasang dengan aksesori Modulo. Cantik habaq hang!

GALERI

batch_Honda-civic-BIMS-2016-mekanika1batch_Honda-civic-BIMS-2016-mekanika10batch_Honda-civic-BIMS-2016-mekanika12batch_Honda-civic-BIMS-2016-mekanika13batch_IMG_2286batch_IMG_2287batch_IMG_2292

 

Google ads
Back to top button