Buletin

TOYOTA ARIS TRD SPORTIVO

Nampaknya, Toyota Thailand terlebih dahulu mendedahkan varian baharu Yaris TRD Sportivo.

toyota-yaris-trd-sportivo-2016-mekanika (3)

Model berkenaan kali ini didatangkan dengan sentuhan sporty bermula daripada bahagian gril dengan kemasan hitam sehinggalah kepada bahagian bawah bampar. Tidak ketinggalan skid plate dengan warna perak.

Bahagian belakang, spoiler dan diffuser turut ditawarkan dengan warna perak sepadan dengan rel bumbung dan rim baharu.

toyota-yaris-trd-sportivo-2016-mekanika (1)

Sementara, bahagian kabin, Toyota memilih warna hitam dan oren pada kerusi, papan pemuka, tepi pintu dan pelapik kaki. Tidak lupa label TRD Sportivo diletak pada bahagian penyandar kerusi dan panel pintu serta pelapik kaki.

Soal mekanikal masih menggunakan enjin  3NR-FE 1.2 liter 4-silinder yang dikombinasikan dengan transmisi automatik Super CVT-i. Ia mampu menawarkan kuasa sebesar 84hp dan tork 108Nm.

toyota-yaris-trd-sportivo-2016-mekanika (5)

Yaris TRD Sportivo dijual pada harga  585,000 baht (RM59k).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button