Buletin

BMW 528i M PERFORMANCE EDITION – RM363,800

Sempena sambutan ulang tahun ke-100 BMW Group di seluruh dunia, BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan BMW 528i M Performance Edition edisi terhad. Hanya 100 unit sedan premium yang istimewa ini ditawarkan.

BMW-528i-M-Performance-Edition-mekanika (4)

“Pada sambutan tahun ke-100 BMW Group, kami di BMW Group Malaysia bukan sahaja terus mengembangkan portfolio model-model mewah di Malaysia, kami juga sentiasa mencari peluang untuk memastikan lebih ramai pelanggan di Malaysia dapat menikmati pengalaman pemilikan sebuah kenderaan BMW,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.

BMW 528i M Performance Edition menawarkan ekspresi sukan bermotor kepada dunia sedan premium. Selain perkadaran yang dinamik dan reka bentuk moden, gril kidney BMW 528i M Performance Edition baharu hadir dalam warna hitam. Sekali gus memberikannya penampilan yang lebih agresif sebuah jentera M Performance.

BMW-528i-M-Performance-Edition-mekanika (2)

Dengan pakej M Performance Aerodynamics, BMW 5 Series bukan sahaja mampu menangani apa jua halangan di hadapan, malah dapat mengetengahkan karekter atletik sedan premium ini.

Karekter sukan bermotor jentera ini diserlahkan lagi pada bahagian hadapan menerusi bampar yang dipasang dengan kemasan gentian karbon M Performance. Pada bahagian belakang pula, spoiler belakang dan skirting sisi gentian karbon bersama jalur signatur M Performance nyata membezakan sedan ini dengan model yang lain.

BMW-528i-M-Performance-Edition-mekanika (3)

BMW 528i M Performance Edition ditawarkan pada harga RM363,800 seunit. Harga di atas jalan, tidak termasuk insurans itu hadir bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had BMW selama 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW.

Ia boleh didapati di semua pengedar sah BMW di seluruh negara bermula hujung minggu ini.

Google ads
Back to top button