Modifikasi

HONDA PRELUDE PREDATOR BUSKER

Honda Prelude model BB ini antara kereta moden klasik yang futuristik ketika diperkenalkan untuk generasi keempatnya.

Honda-Prelude-Busker-mekanika (1)

Tahukah anda bahawa nama Prelude pada mulanya hak Toyota? Ya. Toyota daftar nama Prelude untuk hak cipta mereka, tapi tak jadi guna kemudian diberi kepada Honda.

Model BA/BB ialah yang paling dikenali dalam keluarga Prelude. Mungkin sebab reka bentuknya yang jauh berbeza berbanding model terdahulu.

Honda-Prelude-Busker-mekanika (12)

Zaman keemasan yang cuba diingat kembali lahir semula. Nah. Apabila tengok kereta dengan tema macam ini teringat zaman street racer dulu-dulu. Zaman sekarang boleh kira dengan jari berapa banyak Prelude BB yang sihat atas jalan?

Belum lagi nak cari yang dalam kondisi boleh menerima pujian. Entah kenapa model kereta ni bagai anak tiri. Intergra DA pun lagi glamer saya rasa.

Honda-Prelude-Busker-mekanika (2)

Model asal BA1 dikuasakan oleh enjin lemau 2.0 liter yang memang tak boleh blah langsung mengikut terma mat kereta. Justeru, ia diganti dengan H22A DOCH VTEC yang merupakan enjin VTEC paling besar (tapi bukan paling power) dalam kategori B/F dan H.

Berbeza dengan siri B, enjin F dan H dicipta untuk tork dan padanan gear automatik. Jadi, tork pada rpm rendah, pendek dan linear, sesuai untuk bawak body berat macam Prelude serta Accord.

Honda-Prelude-Busker-mekanika (8)

Enjin pada Prelude ini digandingkan dengan transmisi manual 5 kelajuan. Satu kelebihan kerana kalau anda pergi half-cut memang payar benar nak jumpa H22A manual.

Kotak gear M2B4 ini dalam keadaan standard memang ada LSD 1.5 hala yang cukup sangat untuk kawal cengkaman roda depan. Benda yang dibuat pada kereta ini ialah sistem ekzos dengan manifold 4-2-1, saluran terus 2.5 inci dan peredam bunyi J’S Racing.

Honda-Prelude-Busker-mekanika (17)

Apa guna tabur duit banyak, hujung-hujung nanti kena kitai dengan Civic K20A yang bersepah macam Myvi atas jalan sekarang. Gaya mesti 10, walupun power asal boleh saja.

Takdelah lemau sangat H22A ini setakat nak acah-acah veve power boleh lagi. Untuk tambah yakin bila bersiar-siar takut terserempak dengan Honda City ikan puyu lampu liplap ajak resing, Prelude ini dipasang dengan suspensi boleh laras GAB.

Honda-Prelude-Busker-mekanika (15)

Brek asal Prelude model BB4 VTEC yang besar disalin. Pada ruang roda ialah rim Vossen 17 inci lebar 8jj yang dipasang dengan tayar 215/45r17 di segenap sudut.

Untuk tema kosmetiknya, kereta ini menggunakan skema warna daripada syarikat sudu paling laju di dunia iaitu Spoon Sports. Tema warna biru+kuning itu kalau pandu Honda tapi tak tahu lebih baik pergi meninggal dunia.

Honda-Prelude-Busker-mekanika (18)

Pelekat yang digunakan itu bagaimanapun bukanlah Spoon Sport, tetapi Prelude Buskers. Gua sebenarnya tak faham apa maksud dia. Mungkin pemilik dia seorang penghibur jalanan? Atau kereta ni dibuat ikon? Atau lain dari yang lain? Atau? Atau? Atau?

Apa-apalah.

Honda-Prelude-Busker-mekanika (5)

Yang penting, bila nak pakai skema modified macam ni kenalah cukup sifat bodykitnya iaitu jenis yang boleh ditengok dek mata kasar. Maksud saya janganlah kau guna body standard rim besi lepas tu pi cat kaler-kaler resing.

Itu takpe lagi. Ni dengan enjin pekak minyak meleleh sampai fender dalam pun tak sedar. Tu takpe lagi. Kau tengok orang pakai Saga BLM serupa nak telan orang. Tu takpe lagi. Pakai baju resing ala-ala F1 dalam kereta gantung lagi vest acah-acah Sepang Circuit kat cermin tengah gantung 400 jenis nametag wristband segala benda boleh taruk nak tunjuk acah-acah resing.

Honda-Prelude-Busker-mekanika (11)

Tapi balik rumah mintak kat mak duit isi minyak.

Google ads
Back to top button