Buletin

BMW 8 SERIES MUNCUL 2020

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Autocar, BMW kini sedang mempertimbangkan untuk membangunkan model 8 series.

bmw-8-series-1200x801

Model yang diposisikan di atas BMW 7 series itu dikatakan bakal ditawarkan dengan pilihan empat pintu coupe dan dua pintu coupe.

Khabar tentang model 8 series itu bertiup kencang sekitar 2010. Difahamkan versi konsep model itu dijangka dapat dilihat sekitar 2018 yang mana versi produksi akhir abad ini iaitu tahun 2020.

Selain itu, platform atau teknologi model ini akan sama dengan generasi 7 series. Model ini akan dibangun di kemudahan  BMW Dingolfing di Jerman. Harganya, kemungkinan lebih rendah berbanding Rolls Royce Ghost.

Autocar melaporkan kehadiran 8 series diperlukan untuk menjaga persaingan mereka dengan Mercedes-Benz S-Class atau Bentley Continental GT.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button