Motosikal

HONDA VARIO 150 ESP

PT Astra Honda Motor (AHM), pengedar rasmi motosikal jenama Honda di Indonesia memperkenalkan Vario 150 eSP. Tampil lebih eksklusif dan premium, Vario 150 eSP ditawarkan dengan warna tambahan baharu iaitu  Exclusive Matte Blue, Exclusive Matte Brown dan Exclusive Black Metallic. 

honda-vario-150-esp-mekanika (3)

Mengukuhkan lagi imej premium itu, AHM melekatkan lencana 3D Honda.

Skuter itu merupakan model enjin 150cc pertama dikeluarkan di Indonesia. Model ini menawarkan prestasi tinggi dan dilengkapi beberapa teknologi canggih seperti Answer Back System, Idling Stop System (ISS) dan tayar tubeless untuk keselesaan tunggangan.

Dengan adanya teknologi pintar eSP (Enhanced Smart Power), ia dapat memaksimumkan  pembakaran secara efisien. Selain meminimumkan geseran  untuk mengurangkan risiko tenaga terbuang begitu sahaja.

honda-vario-150-esp-mekanika (2)

Teknologi eSP bersama gabungan ACG Starter  menyumbang kepada bunyi enjin lebih halus  ketika dihidupkan.

Honda Vario 150 eSP memiliki prestasi mantap dengan pecutan dari sifar hingga 200m mampu dicapai dalam tempoh 11.9 saat. Pecutan maksimum ialah 102 km/j.

Bahagian bagasi juga besar dalam kelasnya dengan kapasiti 18 liter. Ruang itu mampu menyimpan helmet muka penuh dan saiz tangkinya pula 5.5 liter.  Harga jualan model tersebut ialah  Rp 20,650,000 (RM6, 401) seunit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button