Buletin

BMW GROUP MALAYSIA UMUM STRUKTUR HARGA RASMI FASILITI BMW i CHARGING

BMW Group Malaysia baru-baru ini mengumumkan struktur harga rasmi untuk semua fasiliti BMW i Charging di seluruh negara. Ia bermatlamat membekalkan akses yang saksama ke atas infrastruktur tersebut dan menawarkan pengalaman pemilikan elektrik premium kepada pelanggan.

Struktur harga Bayar Bila Guna bagi pengecasan yang dibuat di mana-mana pusat pengedaran BMW disenaraikan di bawah adalah seperti berikut:

“Sejak sekian lama, kami berazam untuk membangunkan sebuah ekosistem yang berlandaskan masa hadapan dan berlatarkan cabaran terbesar yang dianggap oleh orang ramai mengenai EV iaitu jarak operasi dan ketersediaan fasiliti pengecasan. 

“Menerusi usaha sama yang kami jalin dengan para peneraju teknologi tempatan dan industri EV sejak beberapa tahun lalu, kami berjaya meluaskan rangkaian fasiliti pengecasan secara berterusan. 

Melalui struktur harga rasmi ini, kami sedang mengambil langkah seterusnya dalam ekosistem EV yang semakin matang di Malaysia  dengan membekalkan akses yang saksama dan mencukupi ke atas fasiliti-fasiliti ini buat semua pengguna EV di Malaysia tanpa mengira jenama dan model kenderaan.

“Ini kerana elektrifikasi kekal menjadi tanggungjawab bersama yang harus dipikul oleh para pengeluar kenderaan dalam menangani isu perubahan iklim,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser. 

Menerusi kerjasama yang dijalin dengan ChargEV, BMW Group Malaysia mampu menawarkan akses ke atas rangkaian infrastruktur yang serba komprehensif, terdiri daripada lebih 400 fasiliti pengecasan di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Rangkaian infrastruktur itu mencakupi pengecas AC yang ditempatkan secara strategik di seluruh negara.

Para pemilik EV BMW yang menggunakan fasiliti BMW i Charging yang dikuasakan oleh chargEV boleh mendaftarkan sebagai ahli dengan bayaran RM240 setahun untuk menikmati kadar pengecasan Bayar Bila Guna yang istimewa, selain akses ke atas pengecas AC secara percuma di seluruh negara. 

Dengan aplikasi mudah alih chargEV, pengguna juga boleh mengetahui fasiliti pengecasan yang terletak di lebih 250 buah lokasi di seluruh negara dan menempah stesen pengecas yang diinginkan, mula dan hentikan pengecasan dari jauh, serta melihat status pengecasan kenderaan mereka pada masa sebenar. 

Pengguna boleh melayarihttps://chargenow.chargev.my/  untuk mendaftar keahlian chargEV.

GALERI

Google ads
Back to top button