Buletin

TEMPAHAN TOYOTA VELOZ KINI DIBUKA. SPECS PALING TINGGI, 1.5L 106PS/137NM, BERMULA RM95K!

UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk Veloz sudah dibuka. Sudahpun dilancarkan di Indonesia pada November tahun lalu, crossover tujuh tempat duduk itu nyata mendapat sambutan positif apabila menjadi model ketiga paling laris di sana. 

Untuk pasaran Malaysia, Veloz akan ditawarkan dalam varian paling tinggi bersama pelbagai ciri terkini. Model pemasangan tempatan (CKD) itu bakal menggantikan Avanza yang diperkenalkan sejak tahun 2004 dan telah terjual lebih 178,000 unit. 

Ideal untuk pengguna yang mempunyai gaya hidup aktif, Veloz tampil dengan reka bentuk dinamik dan ruang dalaman yang luas seperti sebuah MPV segmen C. 

Veloz dikuasakan oleh enjin 1.5liter 2NR-VE berkuasa 106PS dan tork 137Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT 

Sebagai sebuah kenderaan keluarga, ia dilengkapi sistem keselamatan Toyota Safety Sense (TSS), selain ciri Kawalan Salah Tekan Pedal, Bantuan Keluar Lorong, Amaran Keluar Hadapan, Sistem Pra Pelanggaran, HSA, VSC, ABS, Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA) dan Pemantauan Titik Buta (BSM).

Jentera itu hadir dalam lima pilihan warna iaitu perak metalik dengan bumbung hitam, biru metalik (bumbung hitam), putih, biru dan merah metalik. Jika berminat, anda sudah boleh membuat tempahan di mana-mana bilik pameran Toyota di seluruh negara pada harga anggaran bermula RM95,000 seunit. 

Google ads
Back to top button