Artikel Pilihan

SAFARI RALLY KENYA 2022 – APA YANG MENARIK TENTANGNYA

Perlumbaan Safari Rally Kenya 2022 sekali lagi menemui peminat sukan rali, apa bila sekali lagi menjadi venue perlumbaan. Dikenali sebagai venue perlumbaan yang cukup mencabar, tapi apakah alkisah disebalik Safari Rally Kenya ini?

  • Safari Rally Kenya sekali lagi diadakan di laluan yang berpasir dan berdebu buat kali kedua berturut setelah hilang daripada kalendar WRC selamat 19 tahun sebelumnya.
  • Tahun sudah, pemandu handalan pasukan Toyota, Sebastian Ogier berjaya memenagi perlumbaan yang cukup menguji ketahanan jentera rali dan juga pemandu. Apatah lagi tahun ini berlumba dengan jentera hibird Rally1, Bagaimanakah dengan keupayaan pek bateri untuk bertahan dengan keadaan cuaca dan permukaan yang boleh dikatakan ekstrem ini?
  • Safari Rally Kenya kali ini sekali ini menemukan dua lagenda, Sebastian Ogier dan juga Sebastian Loeb untuk berlumba sesama sendiri. Apatah lagi kini keduanya hanya berlumba secara separuh masa bersama pasukan Toyota Gazoo Racing dan juga M-Sport Ford.
  • Untuk perlumbaan yang mencabar ini, setiap pasukan yang bertanding terpaksa melakukan sedikit ubah suai ringan terhadap jentera rali masing – masing terutamanya di bahagian gril hadapan. Ini bertujuan untuk melindungi daripada bendasing dan debu yang memasuki ruangan enjin dengan lebih banyak. Sekali gus memberikan jangkahayat ketahanan enjin untuk beraksi dalam kondisi yang cukup ekstrem dan mencabar.
  • Apabila debu yang berterbangan dengan banyak, ini bermakna setiap jentera rali yang beraksi harus mendapatkan pencahayaan
  • Walau pun dalam kondisi cuaca yang kering dan berdebu, namun ianya boleh bertukar mejadi laluan yang penuh berlumpur sekiranya hujan turun membasahi bumi Kenya ketika perlumbaan sedang berlangsung.
  • Ada laporan mengatakan sewaktu beberapa perlumbaan sebelum ini suhu di dalam kokpit perlumbaan menjadi sangat panas dan berbahang. Perkara sebegini tidak pernah terjadi terhadap jentera WRC sebelum ini. Sudah pasti dengan kondisi Safari Rally Kenya ini akan menjadikan kokpit berganda panas dan bahangnya.
  • Menambahkan lagi cabaran terhadap rali ini adalah kebarangkalian untuk tertembung dengan binatang liar melintas seperti Kuda Belang, Zirafah mahu pun Badak Sumbu.
  • Kalle Rovanpera akan membuka tirai perlumbaan dengan berlepas terlebih dahulu berdasarkan kedudukan beliau sebagai pendahulu kategori pemandu WRC. Sudah pasti situasi ini akan memberikan kelebihan buat pemandu di belakangnya apabila akan ada orang lain terlebih dahulu membersihkan laluan.
  • Shakedown Safari Rally Kenya sudah pun berlangsung dengan Kalle Rovanpera mendahului hanya 0.5 saat di hadapan Thierry Neuville dan Sebastian Loeb (1.8 saat)
  • Safari Rally Kenya berlangsung hujung minggu ini (23-26 Jun 2022) sebagai pusingan yang keenam dalam kalendar WRC 2022.

BACA : WRC 2022 – OTT TANAK AKHIRNYA MENANG JUGA DI ITALI

BACA : WRC 2021 – TUAH SEBASTIAN OGIER UNTUK MENANG DI SAFARI RALLY KENYA

Google ads

B K

Back to top button