Buletin

NAMA BAGAN DATUK DI KOTA JAKARTA WEI!!

Telahan Brader Karrager tentang pasukan Mummy Khalish One Motorsports Bagan Datuk Rally Team tidak pernah salah. Handal menguruskan pasukan dengan cara yang sepatutnya. Daripada sebuah pasukan level indie, kini mereka telah berubah kepada sebuah pasukan yang cukup professional. Pandai membawa nama pasukan. Apabila pasukan gembira, penaja pun turut berasa gembira. 

BACA : ADRENALINE IMPACT – ONE MOTORSPORTS BDRT RALLY SHAKEDOWN

BACA : GILIRAN HAJI SUHAIMI MENJUARAI RALI PERAK 2017

Hari Selasa lepas, telah berlangsungnya Sidang Media bagi mengumumkan secara rasmi tentang pembabitan Julian Johan, pembalap dari Indonesia ke Malaysian Rally Championship (MRC) 2018 oleh pasukan Mummy Khalish One Motorsports Bagan Datuk Rally Team. Sidang Media tersebut diadakan di J-Sky Ferris Wheel, Jakarta Indonesia.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Menurut saudara Roduwan selaku Prinsipal Pasukan, beliau dan seluruh pihak pengurusan pasukan Mummy Khalish One Motorsports Bagan Datuk Rally Team tidak ragu-ragu untuk memilih Julian Johan serta pasangannya Recky Resonto bagi menyertai musim penuh MRC 2018. Apatah lagi dengan status Julian yang pernah menjuarai Rally Sprint Indonesia selama dua musim berturut. Malah Julian juga pernah diangkat sebagai Driver Of The Year oleh Ikatan Motor Indonesia.

Sewaktu sesi berlangsung, pasukan ini turut diwakili oleh Mummy Khalish serta diiringi pemandu Haji Suhaimi dan juga pelumba wanita negara, Gina Finanza.

Begitulah, mana tumpahnya nasi kalau tidak ke lantai. Bapa Julian, Ismail Johan juga merupakan suatu ketika pembalap rali di Indonesia. Walau pun Julian ini adalah seorang pemuda yang banyak juga menghabiskan masa beliau di atas trek, namun sebetulnya beliau adalah lulusan dari  London School of Public Relations. Laju di litar tetapi turut mempunyai otak yang cerdas.

Apa yang menariknya sewaktu berlangsungnya sesi tersebut, kelihatan jelas sebuah kereta yang menyerupai kereta rali yang telah digunakan oleh Julian sewaktu acara Rallyshakedown minggu sudah. Menurut Saudara Roduwan, mereka telah mendapatkan sebuah Proton Satria Neo CPS walaupun mengalami sedikit kesukaran untuk mendapatkan Neo di sana. Neo tersebut telah dibalut keseluruhan mengikut warna tema warna pasukan Biru dan Jingga.

Usaha pasukan ini melamar pemandu negara jiran tampaknya sedikit membuahkan bunga-bunga kejayaan dari segi strategi pemasaran apabila penaja peribadi Julian akan turut serta mengikuti beliau bertanding di Malaysia seperti J-Sky Ferris Wheel dan juga GT Radial.

Nampak gayanya Saudara Henzee pasti berdepan tugas mencabar untuk mempertahankan kejuaraan 2WD musim ini. Saingan datang daripada rakan sepasukan sendiri. Berdasarkan pemerhatian Brader Karrager itu hari, Mas Julian ini memang laju dan agresif. Dan perkara ini turut diakui oleh Chepot sendiri

Oh ya, untuk makluman pusingan pertama MRC 2018 yang sepatutnya berlangsung di Perak minggu hadapan terpaksa ditunda bagi memberikan laluan kepada proses Penamaan Calon PRU. Jadinya, kelibat Julian ini hanya boleh disaksikan pada pusingan pertama di Johor bulan Julai nanti.

Kredit Foto : FB Adrenaline Impact

Tags
Google ads
Back to top button