HYUNDAI CIPTA BEG UDARA BUMBUNG PERTAMA DI DUNIA – KHUSUS UNTUK PANORAMIC ROOF
Pernahkah anda terfikir bagaimana keadaannya jika bumbung kaca panoramic pecah waktu kemalangan? Apa kemungkinan yang berlaku pada penumpang dan pemandu?
Tiada beg udara yang dicipta untuk bahagian bumbung, sehinggalah Hyundai percaya, mereka menggunakan inovasi baru yang mampu menyelamatkan penumpang.
Buat pertama kalinya, Hyundai hasilkan beg udara bumbung yang dikhususkan untuk bumbung kaca/panoramic roof.
Hari ini, sudah banyak kereta moden direka dengan bumbung kaca lutsinar, antara tujuannya untuk memberi ilusi ruang kepada penumpang.
Kereta-kereta moden lazimnya didatangkan dengan rekabentuk aerodinamik – bumbung rendah dan penggunaan bumbung kaca kini merupakan trend terbaru.
Beg udara ini dipasangkan didalam sunroof itu sendiri. Ia akan “meletup” dari sudut bumbung belakang ke hadapan. Ianya dipasang bersama dengan beg udara sisi dengan integrasi sama ketika kemalangan dari sudut impak.
Hyundai memberitahu, sensr pengaktifan beg udara ini mengesan impak kemalangan, kereta berpusing dan sama seperti kebanyakan sistem beg udara SRS yang lain, ia meletup cukup pantas – hanya dalam masa 0.08 saat.
Mereka juga mengadakan ujian simulasi beg udara ini. Misalnya, sekiranya impak kemalangan berlaku ketika sunroof tertutup (dan kereta berguling), beg udara tetap akan terbuka, namun ia terhad di kawasan antara sunroof dan penghadang matahari sahaja.