
Buletin
TENGGELAMNYA HYUNDAI VENUE DI LOT PARKIR
Bukan kapal Titanic tetapi sebuah kereta Hyundai Venue ditelan lubang ketika ia sedang parkir di Mumbai, India.
Video berdurasi 25 saat itu menjadi viral di media sosial apabila kenderaan terbabit tenggelam dengan pantas sehingga hilang dari pandangan mata.
Ia bermula dari bahagian depan sebelum ‘ditelan’ sepenuhnya masuk ke dalam lubang yang dipenuhi dengan lumpur.
Difahamkan, lot parkir tersebut dibina di atas sebuah perigi.
Kemungkinan besar, hujan lebat yang melanda India menyebabkan tanah di bahagian bawah menutupi perigi terhakis sehingga menyebabkan kereta tenggelam.

Bagaimanapun, tiada pemandu ataupun penumpang ketika kejadian.
Pemilik kenderaan mendapatkan perkhidmatan kren untuk mengeluarkan Hyundai Venue berkenaan. – drivespark